Minggu, 20 Juni 2010

Perbezaan Pornografi dengan Erotis dalam Novel


Bil.

Ciri-ciri Pornografi

Ciri-ciri Erotis

Bahasa

Menggunakan bahasa yang vulgar kerana tidak mementingkan unsur keindahan

Bahasanya tidak vulgar, terkadang menggunakan bahasa kiasan kerana erotis mementingkan unsur keindahan.

Tujuan

Untuk menungkapkan nafsu syahwat sahaja.

Untuk mengungkapkan keinginan, hasrat, dan juga nafsu.

Pelukisan

Pornografi dilukiskan secara terbuka bukan simbolik.

Erotis dilukiskan secara terselubung bahkan simbolik sahaja.

Struktur penyampaian

Adegan pornografi dilukiskan sebagaimana dalam realiti yang berlaku daripada tahap awal sehingga tahap akhir. Pembaca tidak sukar memahami rentetan peristiwa tersebut.

Adegan erotis tidak diceritakan sebagaimana dalam realiti daripada tahap awal hingga akhir. Penceritaan lazim berhenti pada tahap pengantar, dan proses kejadiannya, pembaca diminta lebih cerdik untuk memahami gugusan peristiwa erotis tersebut dalam fikiran masing-masing.

Tema

Unsur seks biasanya sebagai idea utama dalam cerita.

Unsur seks tidak selalu menjadi idea utama dan boleh sahaja menjadi tempelan dalam cerita.

Pornografi diungkapakan dengan bahasa yang vulgar sedangkan erotis bahasanya tidak selalunya vulgar, terkadang menggunakan bahasa kiasan kerana erotis mementingkan unsur keindahan. Pornografi bertujuan untuk mengungkapkan nafsu syahwat sahaja, manakala erotis bertujuan untuk mengungkapkan pelbagai bahagian libido seperti keinginan, hasrat, dan juga nafsu. Peristiwa pornografi dilukiskan secara terbuka sedangkan peristiwa erotis dilukiskan secara terselubung bahkan simbolik sahaja. Struktur penyampaian adegan pornografi dilukiskan sebagaimana dalam realiti yang berlaku daripada tahap awal sehingga tahap akhir sehingga pembaca tidak sukar memahami rentetan peristiwa tersebut. Adegan erotis tidak diceritakan sebagaimana dalam realiti daripada tahap awal hingga akhir. Penceritaan lazim berhenti pada tahap pengantar, dan proses kejadiannya, pembaca diminta lebih cerdik untuk memahami gugusan peristiwa erotis tersebut dalam fikiran masing-masing. Unsur seks dalam pornografi biasanya sebagai idea utama dalam cerita berbeza dengan erotis unsur seks tidak selalu menjadi idea utama dan boleh sahaja menjadi tempelan dalam cerita.

Tidak ada komentar: