Pengenalan tentang Sastrawan Shahnon Ahmad
Shahnon dikenali dalam kesusasteraan di Malaysia. Penanggungjawabnya melahirkan novel-novel Melayu moden tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
Shahnon telah menghasilkan karya-karya seperti Anjing-anjing (1964), Debu Merah (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1968), Srengenge (1973), Sampah (1974) Kemelut (1977), Selesai Sudah (1977), Seluang Menodak Baung (1978), Al-Syiqaq, Tok Guru (1982) dan lain-lain.
Pengalaman dan kegiatannya dalam bidang kesusasteraan ini dianugerahkan sebagai ‘Pejuang Sastera’ pada tahun 1976. Kemasyhurannya dalam dalam menghasilkan karya sastera tiba dipuncak apabila Shahnon terpilih untuk menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1982. Shahnon pernah bekerja sebagai guru, pegawai penyelidik dan terakhir sebagai pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Selain itu, beliau pernah menjadi guru di Australia sekaligus mengalami dunia pendidikan di tingkat sarjana. Shahnon merupakan seorang sasterawan yang prolifik menghasilkan karya-karya sastera terutama dalam genre novel. Beliau sangat bijak memasuki aliran-aliran tertentu. Kepelbagaian persoalan digarap mengikut skema nilai yang telah ditetapkan berdasarkan pemerhatian, penelitian, pengalaman, dan penghayatan terhadap apa yang berlaku di persekitarannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar