ROZIAH

Roziah ialah nama kedua saya. Menurut sejarah yang diceritakan oleh mak, nama pertama saya ialah Uji Permata Hati. Namun menurut kata dukun kampung yang pada waktu itu membantu proses kelahiran saya, nama itu tidak sebatin dengan diri saya, sehingga saya sakit tenat dan hampir meninggal. Syukurlah ketika itu, Aki Mamad mengganti nama saya menjadi Roziah.

Saya merupakan buah hati daripada pasangan Burhan dan Aida Juwita yang dilahirkan di Bantan Air pada tarikh 17hb April 1986, bertepatan hari Rabu. Saya mempunyai seorang abang bernama Hamdan Syakirin (pelajar Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Syariah Bengkalis). Selain itu, saya memiliki tiga orang adik iaitu: Nurhidayah (pelajar Universiti Negeri Padang), Muhammad Amran (pelajar Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bengkalis) dan Muhammad Ickmal Hakimi (pelajar Sekolah Dasar 025 Bantan Air).

Keluarga saya bukan daripada golongan yang berada. Walaupun begitu, bapa dan mak membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Mereka mengajar kami erti bekerjasama dan berdisiplin. Saya dan adik-beradik boleh dikategorikan sebagai anak-anak yang agak nakal. Namun, mereka jarang memarahi kami jika kami melakukan kesalahan. Berkat disiplin daripada kedua orang tua saya itu, kami dapat belajar hingga ke peringkat perguruan tinggi.