Erotis dalam sesebuah teks berupa penggambaran bahasa yang terbungkus pada perilaku, keadaan, atau suasana yang berkaitan dengan hasrat seksualiti telah dinyatakan dalam Bab 1. Pengungkapan unsur erotis menumbuhkan fantasi dan melahirkan gagasan baru untuk mendekati atau mencapai dunia idea. Erotis dianggap sebagai topik sensitif yang tabu untuk dibicarakan secara terbuka di hadapan publik kerana berkait dengan sikap, moral, agama dan budaya. Erotis tidak hanya menyangkut alat kelamin manusia sahaja.
Hidayana (2004) menyatakan bahawa erotis berbicara tentang siapa kita dan ingin seperti apa kita yang bererti erotis merupakan jati diri kita. Erotis berbicara tentang hak-hak manusia untuk menentukan pilihan-pilihan atas isu-isu yang intim. Kreativiti pengarang membungkus unsur erotis akan terlihat jelas melalui hiasan bahasa yang beragam. Penggunaan leksikal-leksikal yang tertentu, akan menunjukkan bahawa pembahasan terhadap penggambaran pelbagai peristiwa yang mengandungi unsur erotis kepada pembaca. Pengkaji terdahulu juga telah membahas unsur erotis dalam karya sastera seperti Sebti Neria (2006), Nurbaiti (2008), dan Mohd. Zariat Abdul Rani (2008).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar