Bahasa Melayu Malaysia sebagai Alat Kemajuan Bangsa:
Satu Analisis Sosiolinguistik
Roziah S.Pd. ML
1.0 PENGENALAN
Warno Katiman (2002) menyatakan bahawa akta Pendidikan 1996 diluluskan oleh Parlimen Malaysia telah mengubah status martabat dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi pendidikan tinggi swasta. Menurut tafsiran Seksyen 2 dalam Akta 1996, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan tinggi dalam sistim pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan tertentu.
Semua pihak menTuhankan Akta 1996 sehingga kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar terjejas. Banyak institusi pengajian tinggi Malaysia mengalu-alukan keWIRAan bahasa Inggeris sehingga pertuturan sehari-hari di institusi pengajian tinggi tersebut bercorak keinggeris-ingerisan. KeWIRAan bahasa Inggeris di negara Malaysia mencabar keharmonisan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Hashim Haji Musa (1996) mentuturkan bahawa gejala yang paling serius daripada sikap menTuhankan Akta 1996 ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi kerajaan yang kesemuanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Malaysia tidak lagi menjadi alat pemersatu di antara pelajar Melayu, Cina dan India. Kebanggaan tersendiri pada individu yang mampu menggunakan bahasa Inggeris yang baik dan betul. Bahasa Malaysia sebagai alat kemajuan bangsa, tidak lagi menempatkan dirinya pada darjah tertinggi, melainkan bahasa Inggeris dan ibunda masing-masing. Perkara ini membuat bahasa Malaysia terpinggir oleh orang Malaysia dengan senjata bahasa Inggeris. Nilai ekonomi bahasa Malaysia menurun dengan sendirinya akibat kecerobohan masyarakat Malaysia sendiri, sehingga nasib bahasa Malaysia ibarat telur di hujung tanduk.
2.0 ISI
Sebagai alat kemajauan bangsa, bahasa mempunyai peranan dalam perekonomian Malaysia. Mengambil contoh seperti negara-negara yang menyenangi inovasi, seperti Jepun, Finland dan Amerika Syarikat, hasilnya berjaya membangunkan ekonomi yang lebih maju dan masih mengekalkan penggunaan bahasa masing-masing. Malaysia mestinya tidak hanya meniru perekonomiannya saja, tetapi perlu melihat penghargaan negara-negara maju tersebut mengekalkan penggunaan bahasa negara masing-masing. Inovasi mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan daya saing negara, Oleh sebab itulah, Malaysia juga mesti menghasilkan impak yang kreatif dalam ekonomi global yang berdaya saing tanpa perlu meninggalkan jati diri sebagai bangsa Melayu. Perancangan ekonomi Malaysia yang terarah, mestinya tidak meminggirkan kepentingan bahasa Melayu sebagai alat persatuan dan kemajuan bangsa Malaysia.
Kemungkinan untuk menjadi negara maju seperti Jepun, Finland dan Amerika Syarikat boleh dicapai rakyat Malaysia. Buktinya belanjawan 2010 telah dibentangkan. Satu model ekonomi baharu, berasaskan inovasi, kreativiti dan aktiviti tambah nilai, akan menggandakan lebih daripada pendapatan per kapita rakyat dalam tempoh 10 tahun yang akan datang telah dijalankan. Konsep 1Malaysia yang dicanangkan telah mengutamakan kreativiti masyarakat Malaysia. Kesemua ini untuk memenuhi keperluan memanfaatkan kebolehan daya kreatif semua rakyat Malaysia.
Amat disayangkan perekonomian yang telah dirancang tidak mengekalkan jati diri rakyat Malaysia sebagai negara yang berdaulat, adil dan makmur. Pembangunan negara tanpa jati diri yang kukuh akan mangkacaubilaukan perpaduan sesama rakyat Malaysia. Penerusan arus kemajuan dengan memanfaatkan bahasa Inggeris sebagai pemersatu antara bangsa akan meminggirkan bahasa Malaysia di bumi Malaysia. Jika rakyat Malaysia sepakat menggunakan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, maka usaha untuk mencapai kemajuan bangsa Malaysia di persada Dunia akan terlaksana dengan mudah. Dalam konteks Bahasa Malaysia selaku bahasa negara, semua sektor masyarakat Malaysia perlu memperlihat iltizam untuk menggunakan dengan baik dan betul. (Teo Kok Seong 2010).
Bahasa seharusnya menjadi alat kemajuan bangsa. Lihat negara Indonesia yang sangat luas, yang terdiri daripada 1.919.440 KM2, 33 Provinsi, 349 kabupatan dan 91 kota administrasi. Masyarakat Indonesia yang yang terdiri daripada beribu-ribu suku, dapat disatukan dengan bahasa persatuan, iaitu bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi bahasa terpenting di negara Indonesia. Hasan Alwi et.al (2003:1) menyatakankan bahawa bahasa Indonesia ialah bahasa terpenting di negara Republik Indonesia. Pentingnya peranan bahasa itu termaktub dalam ikrar ketiga Sumpah Pemuda 1928 yang berbunyi: “Kami poetra dan poetri Indonesia mendjoendjong bahasa persatoean, bahasa Indonesia (Kami putera dan puteri Indonesia menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia)” dan dalam Undang-Undang Dasar 1945 kita yang di dalamnya tercantum pasal khusus yang menyatakan “bahasa negara ialah bahasa Indonesia”.
2.1 Isu Bahasa Melayu Malaysia dalam Kaca Mata Orang Luar Negara
Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian pengkaji selama setahun di Malaysia, didapati bahawa bahasa Melayu dianggap tidak mampu menyampaikan ilmu di bidang sains dan teknologi. Pendapat ini di sokong oleh Hashim Musa (1996), iaitu di kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi sehingga penggunaan bahasa Inggeris berleluasa dalam sektor awam mahupun swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat. Justeru perkara ini menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa pengantar pendidikan.
Selain itu, Masyarakat Malaysia sangat menghormati tetamu. Penghormatan itu sewajarnya memang dianjurkan. Akan tetapi penghormatan dan penghargaan yang diberikan tidak harus mencemarkan dan merendahkan harga diri. Penghormatan seperti ini akan merosakkan maruah bangsa. Sebagai warga negara asing saya merasa tersanjung apabila rakan-rakan Malaysia saya berbicara dalam bahasa Indonesia. Mekipun bahasa Indonesia dan Malaysia berasal daripada rumpun yang sama, namun pada zahirnya tetap berbeza. Saya cuba berbahasa Malaysia yang baik dan betul, akan tetapi rakan-rakan saya mengajak saya bertutur dalam bahasa Indonesia. Penghormatan pasti juga diberikan kepada masyarakat luar negara yang lain.
Selain itu, bangsa Cina dan India jarang bertutur dalam bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu adalah bahasa milik orang Melayu, padahal bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi. Supaya adil untuk ketiga bangsa tersebut, sebut saja bahasa Malaysia, agar bahasa tersebut menjadi milik bersama bukan bangsa Melayu sahaja. Konsep 1Malaysia yang dirancang oleh Perdana Mentri Datuk Sri Najib Tun Razak sangat berguna bagi rakyak Malaysia yang berbilang bangsa. Konsep ini sangat dialu-alukan oleh pencinta bahasa. Dengan berbahasa Malaysia, semua bangsa di Malaysia akan bersatu dan membanggakan Malaysia, bukan bangsa masing-masing. Akan tetapi konsep tetap tinggal menjadi konsep apabila ia tidak dijalankan dan dibukutikan. Pengaruh internal dan eksternal memberi pengaruh besar kepada peranan bahasa Malaysia sebagai alat kemajuan bangsa. Pengaruh perubahan daripada masyarakat tradisional menjadi masyarakat moden menyebabkan bahasa pengatar di dunia pendidikan menggunakan bahasa Malaysia.
Untuk mengembalikan identiti bangsa Malaysia di bumi Malaysia perlu menanamkan tentang pemahaman bahasa Malaysia pada diri bangsa Melayu sejak kecil. Penanam nilai-nilai dan jati diri kebangsaan Malaysia boleh dicapai melalui sikap menghargai dan mencintai bahasa kebangsaan. Oleh itu, timbul hasrat bagi pejuang bahasa untuk menggantikan bahasa Inggeris menjadi bahasa kebangsaaan sebagai bahasa pengantar pendidikan.
Proses menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan telah mengambil masa yang panjang dan usaha yang tidak sedikit. Dikhabarkan oleh Mazlan A Aziz (2008) bahawa pada tahun 1982 bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar sepenuhnya dalam sistim pendidikan Malaysia. Usaha untuk mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia selalu mendapat ancaman daripada berbagai pihak yang tidak senang dan percaya diri akan kemampuan bahasa Malaysia. Peranan bahasa Melaysia sebagai alat kemajuan bangsa juga ikut tercabar akibat keraguan yang tidak berasas oleh sesetengah pihak yang tidak menyedari jati dirinya sebagai rakyat Malaysia. Berikut akan dihuraikan berkenaan peranan bahasa Malaysia sebagai alat kemajuan bangsa.
2.1 Kapasiti Bahasa Rasmi sebagai Alat Persatuan
Sebagaimana wilayah lain di Asia Tenggara Malaysia pernah dijajah kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Dalam hal ini Sahlan (2002) berpendapat bahawa ketiga negara penjajah tersebut membahagi wilayah melalui sistim “pecah-perintah” sehingga terjadi jurang budaya dalam kalangan orang Melayu wilayah Nusantara, bahkan ada kelompok Melayu yang kehilangan jati diri kerana angkara dan perancangan panjang pihak penjajah. Suripan Sadi Hutomo (2003), menegaskan bahawa kebijakan pemerintah Inggeris di negara Malaysia berpengaruh buruk kepada perkembangan bahasa Malaysia. Pengaruh buruk dapat ditepiskan dengan bangkitnya kembali peranan bahasa Melayu di persada Malaysia.
Pendapat Husnul Fikri (2008) bahawa perubahan daripada masyarakat tradisional menuju masyarakat moden, seperti yang dialami masyarakat Malaysia menyebabkan perubahan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat, termasuk nilai-nilai, norma-norma, sikap mental, sejarah penggunaan bahasa dan sebagainya. Sejarah penggunaan bahasa Malaysia misalnya, dahulunya bahasa Malaysia adalah selari dengan sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Warno Katiman (2002) menghuraikan bahawa di dalam perlembagaan Malaysia perkara 152 (1), terdapat satu ketetapan yang menyebut bahawa “bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen”. Awang Mohamad Amin, (1990) menyebutkan Bahasa Malaysia ialah nama baharu bagi bahasa Melayu.
Bahasa Malaysia digunakan untuk mempersatukan masyarakat Melayu, Cina dan India untuk melawan penjajah. Warno Katiman (2002) menyatakan bahawa jawatan kuasa pelejaran kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1955 yang kemudian dikenali sebagai “Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956” telah menentukan kedudukan bahasa Melayu dalam sistim pendidikan kebangsaan, iaitu “…menyatukan budak-budak dari semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar….”
Kewujudan bahasa Malaysia bermatlamat untuk menyetupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Malaysia berperanan sebagai lingua franca untuk masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, seperti Malayu, Cina, India, Iban dan lain-lain. Peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan di Malaysia tidak patut diganggu gugat. Akan tetapi kehadiran pihak-pihak yang tidak cintakan bahasa yang indah itu mengganggu keselesaan bahasa Malaysia sebagai alat kemajuan bangsa. Pada kenyataan bahasa Malaysia telah mencapai bahasa moden, yang boleh menjadi bahasa pengantar untuk menyampaikan ilmu di Malaysia.
2.2 Status Bahasa Melayu Malaysia sebagai Bahasa Moden
Bahasa moden adalah bahasa yang dapat mengungkapkan segala macam hal, sama ada konkrit maupun abstrak, dalam apa-apa jua bidang ilmu. Dengan menggunakan bahasa moden, semua bidang ilmu boleh dijelaskan. Bahasa Melayu termasuk bahasa moden kerana telah mempunyai dua sistim tulisan (Jawi dan Rumi), sistim ejaan bahasa Melayu yang belum mengalami perubahan, hal ini menunjukkan bahasa Melayu kekal dan diterima pakai, istilah-istilah sudah tercatat dalam Kamus Dewan, dan pernah dibuat pola sebutan bahasa Melayu.
Nik Safiah Karim (1978) (dlm. Awang Mohamad Amin, 1990:32), menyimpulkan bahawa pemodenan bahasa Malaysia berkait rapat dengan tiga peritistiwa penting iaitu (1) kemerdekaan Indonesia, yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya, telah menarik para peminat bahasa dan pejuang kemerdekaan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; (2) apabila Malaysia telah diberi hak untuk menentukan corak pemerintahannya, menjelang tarikh kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, sebuah agensi ditugaskan untuk memajukan dan memodenkan bahasa Malaysia ditubuhkan pada tahun 1956, yang dikenal sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka; dan (3) menjadikan bahasa Malaysia mata pelajaran dan bahasa pengantar semua jenis dan peringkat sekolah bantuan kerajaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya, secara beransur-ansur.
Bahasa Malaysia yang telah menjadi bahasa moden tak layak untuk diragukan sebagai bahasa pengantar pendidikan di negara Malaysia. Zahari Mahmud (2002) mempertanyakan mengapa perlu ada dua corak bahasa yang diamalkan dalam pendidikan, pentadbiran, perlembagaan, dan penulisan ilmah? Jawapan atas persoalan ini adalah kerana bahasa Malaysia diragukan oleh bangsa Malaysia sebagai bahasa tulisan dan lisan untuk menyampaikan ilmu. Bahasa Inggeris dianggap layak, padahal bahasa Inggeris adalah sebagai sumber ilmu. Sudah jelas bahasa Malaysia berperanan sebagai alat kemajuan bangsa. Untuk itu pelbagai cara mesti diusahakan seperti penciptaan menggunakan bahasa sendiri.
2.3 Model Guna Bahasa Sendiri
Belajar daripada kisah Levi Strauss, orang yang pertama membuat seluar Levi’s pada tahun 1850-an. Pemuda berumur 21 tahun bernama Levi Strauss tiba di San Francisco, Amerika, dari Bavaria, Eropa, untuk mencoba peruntungannya, ia tidak menyadari bahwa dia sedang mulai membuat sebuah sejarah yang menjadi sumbangan terbesar Amerika untuk dunia mode sampai sekarang. Strauss mencoba menjual tenda-tenda kanvas kepada para penggali tambang emas. Masa itu, Amerika memang sedang terkena demam emas. Masyarkat tidak tertarik pada tawaran Strauss, para penambang itu malah minta dibawakan celana panjang. Nama Levi`s lahir ketika para penambang yang ketagihan celana Levi, mencari "those pants of Levi’s" (celana si Levi) yang terbuat dari denim. Para pencari emas menggunakannya untuk menyimpan butiran-butiran emas ukuran kecil. Celana jeans kemudian menjadi tren dalam fesyen, terutama sejak dipopulerkan oleh para aktor Hollywood di tahun limapuluhan.
Apa yang berlaku pada Stauruss boleh jadi contoh untuk rakyat Malaysia. Menghasilkan sesuatu dengan menggunakan nama sendiri. Hasan Ahmad (2002) menyatakan bahawa tamadun Melayu boleh terbentuk dan dikenal dunia melalui penciptaan budaya dan pencetusan akal budi manusia yang bersifat asli untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan meningkatkan harkat darjat bahasa Malaysia di mata dunia. Hasan Ahmad (2002) menambahkan bahawa tamadun Malaysia dibina melalui bahasa Malaysia, bahasa yang digunakan untuk mengungkap dan merakam nilai hidup dan pandangan sejagat bangsa sendiri.
Kreativiti anak bangsa Malaysia tidak perlu diragukan lagi. Malaysia telah mampu mengeluarkan kreta Proton dan jenama-jenama yang lain. Perkara ini telah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai nama di bidang pengeluaran kreta berbanding negara asean yang lain. Baru-baru ini dunia perfileman Malaysia telah menghasilkan kartu yang bertajuk Upin dan Ipin yang berasal dari kreativiti anak bangsa Malaysia. Kartun yang fenomenal ini sangat terkenal di Indonesia, Singapura, Brunai dan beberapa negara Nusantara lainnya. Penggunaan tajuk yang berasal daripada nama khas Malaysia telah mengangkat harkat dan martabat bahasa Melayu di persada Dunia.
Selain itu, tidak boleh dinafikan kemampuan Siti Nurhaliza bersaing dengan artis-artis terkenal Indonesia seperti Krisdayanti, Meli Goslow, Bunga Citra Lestari dan Artis-artis lainnya. Siti Nurhaliza yang terkenal dengan kemelayuannya telah memperkenalkan identiti budaya bahasa Malaysia yang sopan dan bersahaja. Kesopanan itu tidak hanya terkenal daripada pakaian artis pembawa lagu Cindai ini. Kesopanan lebih terlihat pada tutur katanya lembut dan halus. Penyebutan nama ‘Siti’ menampakkan kehalusan budi pekerti bangasa Malaysia. Andai saja semua rakyat Malaysia tetap kekal dengan jati dirinya, tentu Malaysia dikenal sebagai negara yang berbudaya Melayu di persada dunia. Kalau sudah begitu, konsep 1Malaysia akan menjadi catatan dan contoh pada negara-negara lain yang sedang membangun, terutama bagi negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Nusantara lainnya.
3.0 KESIMPULAN
Teo Kok Seong (2010) menyatakan bahawa seorang warganegara itu perlu memiliki pengetahuan serta pengasaan yang baik tentang bahasa kebangsaan tanah airnya. Apabila tidak berlaku, nasionaliti yang dipegang oleh seseorang itu diakuinya tidak banyak erti. Kepentingan akan bahasa Inggeris, seharusnya tidak mengetepikan fungsi bahasa Malaysia sebagai bahasa Rasmi. Mempertahankan jati diri di bumi sendiri dan di luar negeri seharusnya menjadi tanggung jawab peribadi insani yang mengaku sebagai warganegara Malaysia.
Walaupun sesorang yang lahir di bumi Melayu, apalagi yang berketurunan Melayu boleh menguasai pelbagai bahasa negara liannya, harusnya bangga dengan bahasa kebangsaan Malaysia. Orang tersebut merasakan harga dirinya tercoreng apabila mendengar orang menghina bahasa kebangsaannya. Perendahan nilai ekonomi bahasa Malaysia, seharusnya membuat bangsa Melayu, Cina dan India dan bangsa lainnya yang menjadi warganegara Malaysia marah.
BIBLIOGRAFI
Ada di Laptop Roziah Burhan....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar