Kamis, 17 Juni 2010

Identiti Budaya Bahasa Malaysia: Satu Analisis Sosiolinguistik

Identiti Budaya Bahasa

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa Malayu ialah salah satu bahasa Daripada rumpun Austronesia, dan rumpun ini terbagi empat cabang, iaitu; Nusantara (bahasa-bahasa kepulauan Melayu); Polinesia (bahasa-bahasa Hawai, Tonga, dan Maori); Malanesia, (bahasa Kepulauan Fiji) dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepulauan Marinna). (Niksafiah Karim 1993). Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang khas. Berbeza dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang istimewa. Keistimewaan bahasa Melayu itu antara lain ialah:

i. Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Melayu itu merupakan bahasa yang hidup.

ii. Bahasa Melayu adalah bahasa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang kehidupan.

Noresah Baharum (2007) menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca daerah kepulauan Melayu sejak zaman berzaman. Bahasa Melayu Malaysia digunakan sebagai bahasa komunikasi anatara orang-orang tempatan dengan pendatang asing, seperti pedangan Eropah, Asia Barat, dan para pengembara daripada China. Awang Sariyan (2002) menghuraikan bahawa Kemuncak bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun Melayu baharu pada abad ke-13 hingga ke-19 pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada saat itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan, dan bahasa sastera tinggi. Asmah Haji Omar (2005) menyatakan bahawa bahasa penting sebagai alat utama dalam pembentukan kebudayaan dan peradaban. Peranan bahasa dalam kedua-dua konteks ini bukan hanya sebagai alat komunikasi dalam hubungan sosial, tetapi tidak kurang penting daripada itu ialah peranan bahasa sebagai alat yang membentuk, merakamkan, dan menyampaikan fikiran. Keadaan ini akan melahirkan identiti budaya bahasa Melayu Malaysia.

2.0 ISI

Dalam pelaksanaannya, bahasa Melayu erat kaitannya dengan agama Islam. Perkara ini disebabkan kerana pada abad ke-10 Islam diperkenalkan ke kawasan Malaysia, pengajaran agama Islam dilakukan dalam bahasa Melayu. Menurut hujah Asmah Haji Omar (2005) pada abad ke-10 permulaaan sejarah yang mengnal pasti Islam dengan orang Melayu dan bernula agama Islam sebagai tadahan difusi (penyebaran) bahasa Melayu. Difusi bahasa Melayu berkait erat dengan ciri fizikal dan sosial masyarakat Melayu yang menjadi identiti budaya bahasa Melayu yang akan diperjelas dalam bahagian berikut;

2.1 Psikologi Bahasa Melayu

Asmah Haji Omar (2005) menyatakan bahawa Orang Melayu amnya mempunyai kulit sawo matang, rambut hitam lurus, hidung yang tak terlalu tinggi atau terlalu kembang, mata hitam atau coklat tua yang tidak sepet, dan ketinggian yang sederhana (dibandingkan dengan orang Eropah). Gambaran umum tentang masyarakat Melayu tercermin daripada hujahan Asmah tersebut. Apabila berbicara tentang psikologi, kita akan banyak membicarakan aspek minda, kognitif atau akal-budi. Menurut hujah Warno Katiman (2002) psikologi bahasa Melayu adalah mirip kepada psikologi orang Melayu kerana orang Melayu merupakan penutur asal bahasa Melayu. Oleh itu, psikologi berkait dengan cara orang Melayu berfikir, iaitu pola pemikiran orang Melayu.

Pemikiran orang Melayu terungkap dalam pantun dan pepatah Melayu secara jelas menggambarkan bahawa orang Melayu adalah sekelompok bangsa yang amat mementingkan nilai budi dan kesetiakawanan. Keadaan ini menjukkan bahawa masyarakat Melayu sejak dahulu merupakan sebuah masyarakat yang terbina atas dasar perhubungan yang intim yang saling bantu membantu, iaitu berbudi dan bersetia. Hal ini didorong oleh faktor persekitaran dan sistim nilai yang menjadi pegangan hidup masyarakat ini. Selain faktor persekitaran, pemikiran orang Melayu dipengaruhi oleh agama yang mereka anut, iaitu agama Islam. Pertuturan orang Melayu didasari oleh faktor kesopanan.

Kesopanan dalam berbicara menjadi perkara penting dalam identiti budaya bahasa Melayu. Pertuturan antara sesama harus sopan. Bangsa Melayu benar-benar memperhatikan dengan siapa mereka bercakap. Selain itu, di mana tempat mereka bertutur juga menjadi perhatian mereka. Pertuturan yang sopan oleh orang Melayu menujukkan jati diri mereka sebagai orang Islam. Kesopanan berbahasa dalam kalangan orang Melayu mencerminkan pengajaran dari pada pedoman hidup mereka, iaitu Al-Quran dan hadist. Berkait dengan kesopanan, Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 263, iaitu “Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun” (Al Baqarah:263)

Kesopanan dalam bercakap amat dialu-alukan oleh orang-orang Melayu. Pepatah dan pantun terselip dalam ucapan seharian mereka. Keindahan tutur bahasa dan kesopanan berbicara menjadi ciri-ciri khas Melayu yang dikenal mempunyai budi bahasa. Teoh Kok Seong (2010) menghuraikan bahawa bahasa Melaysia termasuk komuniti wacana masyarakat timur yang amat dikenali dengan budi bahasa yang amat mulia sejak sekian lama. Budi bahasa menurut Teoh Kok Seong (2010) merangkumi kesopanan berbahasa yang mesti diamalkan setiap masa dan diperturunkan kepada setiap generasi sebagai kelakuan yang tinggi atau positif. Perkera ini menujukkan kognisi atau psikologi bangsa Melayu yang tercermin daripada ciri-ciri bahsa Melayu tersebut. Ciri-ciri tersebut menjadi pembeza bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini.

2.2 Sosiologi Bahasa Melayu

Bahasa adalah salah satu cara utama manusia menjalani kehidupan sosial. (Teo Kok Seong 2009). Kehidupan sosial terdiri daripada kehadiran berbagai-bagai masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan adat istiadat. Pelbagai masyarakat tersebut dapat disatukan dengan memanfaatkan bahasa sebagai alat komunikasi, sehingga bahasa boleh menunjukkan identiti budaya sesuatu masyarakat. Selain itu, bahasa sesuatu masyarakat mengandung nilai-nilai tersendiri yang dihasilkan daripada cerminan budaya.

Pendapat tersebut di atas disokong oleh Abdullah Hasan (2002) yang menyatakan bahawa bahasa bukan hanya setakat memberikan identiti kepada bangsa dan budaya para penuturnya, tetapi sebagai pembentung yang di dalamnya terkandung konsep, nilai dan idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa menjadi kendaraan yang memindahkan suatu kebudayaan dari satu generasi ke generasi akan datang.

Bahasa berkait erat dengan budaya dan kreativiti masyarakat untuk mencipta bahasa sebagai alat komunikasi mereka sehari-hari. Di dalam setiap bahasa terkandung nilai budaya masyarakat bangsa penutur asli sesuatu bahasa itu. Penutur asli bahasa Malaysia adalah masyarakat Melayu, oleh itu bahasa Malaysia akan mencerminkan budaya bahasa Melayu. Budaya Melayu berkait rapat dengan agama Islam sebagai agama mereka, sehingga agama Islam menjadi cerminan dalam keseharian masyarakat Melayu Malaysia. Aspek sosilogi bahasa Melayu berkait dengan bentuk-bentuk bahasa yang paling wajar digunakan dalam situasi sosial masyarakat Melayu. Bentuk bahasa yang wajar yang dimaksud adalah bahasa yang baik dan betul dari segi pengucapan dan penulisannya. Misalnya, penggunaan kata ganti nama orang kedua harus baik dan betul penggunaanya.

2.3 Kata Ganti Nama Orang Ke-2

Tamu adalah raja. Peribahasa tersebut menyifatkan bahawa setiap tetamu yang datang harus dihormati. Begitu semulajadi sifat orang Melayu terhadap tetamu yang bertandang ke rumah atau ke negara mereka. Layanan yang baik diberikan oleh orang Melayu terhadap tetamu yang datang daripada luar negeri. Tak peduli tetamu tersebut datang dengan maksud baik mahupun dengan maksud jahat. Sejatinya memang masyarakat Melayu Malaysia begitu. Selain itu, budaya berbahasa dalam bahasa Malayu Malaysia memandang bahawa kata ganti orang kedua, iaitu awak, engkau, kamu dan anda bagi orang-orang Melayu Malaysia dianggap bahasa yang tidak sopan atau kasar, jika digunakan dalam perbualan dengan orang lain, sama ada bersahaja atau tidak. Pengkaji mengalami pengalaman yang unik semasa pertama menjejakkan kaki di Malaysia. Kisah peribadi tersebut masih segar diingatan pengkaji, sehingga baik untuk dijadikan iktibar bagi warganegara Indonesia yang belajar di Malaysia.

“Saya Oji” dengan logat Melayunya

“Aza. Oji daripada Johor ye?”

“Tak ada lah. Saya berasal dari Riau.”

“Riau dekat mana tu?”

“Indonesia. Kamu daripada mana?”

Aza seorang perempuan berkulit sawo matang itu hanya terdiam. Sikapnya pengkaji berasa hairan. pengkaji pun ikut berdiam dan segan hendak bertanya lagi. Setelah sekian lama berada di Malaysia barulah pengkaji tahu bahawa kata kamu dianggap kasar di Malaysia. Sedangkan di Indonesia sebagai hal yang biasa. Kata ganti orang ke-2 di Malaysia hanya boleh dalam tulis menulis, tertama dalam dunia kesusateraan. Oleh sebab dalam bahasa Melayu Malaysia kata ganti orang kedua dianggap tidak sopan, maka kata ganti tersebut harus digugurkan. Mislanya “Kamu daripada” diubanh menjadi “daripada mana?” Selain itu, kata kamu tersebut boleh diganti dengan panggilan nama atau panggilan kesayanga keluarga, iaitu “Aza daripada mana?” atau panggilan akademik “Cikgu daripada mana?”

Asmah Haji Omar (2008) menyatakan bahawa kata anda pada amnya dalam bahasa tak peribadian (impersonal) seperti dalam iklan dan pengumuman. Kata anda di Malaysia hanya di pakai oleh pengacara TV dan dalam Iklan. Perkara ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu Malaysia mempunyai identit tersendiri. Selain penggunaan kata ganti orang ke-2, identiti budaya bahasa Malaysia dapat dikenal daripada cara orang Melayu Malaysia bertutur.

2.4 Cara percakapan

Orang Melayu Malaysia sangat berpegang teguh pada ajaran agama Islam. Perkara ini tercermin daripada berbagai-bagai sikap, salah satunya sikap Orang Melayu semasa mendapat pujian. Selalunya tidak langsung menerima melainkan menepisnya dengan tujuan untuk merendah diri. Hal ini berkaitan erat dengan perintah Allah swt. “Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; hanya Allah lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (At Taghaabun: 64).

Selain itu, orang Melayu sangat dikenal dengan budaya tidak berterus terang dalam bercakap. Tidak berteus terang bukan bererti bohong. Akan tetapi untuk menghindari daripada sikap yang berlagak hebat. Cakap tidak berterus terang ini dikenal dengan istilah kiasan dan cakap berlapek. Kata-kata kiasan sering digunakan oleh masyarakat Melayu Malaysia dalam percakap sehari-hari baik tulisan mahupun lisan. Cakap berkias Oleh orang Melayu berasakan ajaran Islam yang termaktud dalam perintah Allah swt. Surat Muhammad ayat 30;

Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu”. (Muhammad:30)

Bahasa tabu juga dikenal dalam identiti budaya bahasa Melayu Malaysia. Tabu bahasa harus di perhalus (eufemisme). Misalnya, di Kelantan terdapat sebuah pantai bernama “Cahaya Berahi”. Berahi dalam konteks orang budaya Kelantan berasal dari kata “suka”. Tetapi bagi orang daerah lain kata “berahi” dianggap tabu. Maka nama pantai tersebut diubah menjadi “Pantai Cahaya Bulan”. Dikenal juga istilah bahasa Racist, iaitu bahasa yang memperolok atau mempersenda suatu suku. Contohnya di Malaka terdapat kueh “Telinga Keling” adalah kueh benderang.

Identiti budaya bahasa Melayu Malaysia mengenal istilah ‘mulut celupar’ yang diidentikkan sebagai mulut masin. Apapun yang diucapkan seseorang yang bermulut celupar boleh saja terjadi. Misalnya, sebuah keluarga yang ingin pergi ke sebuah pantai. Salah seorang anaknya berbicara main-main pada abangnya “awas abang nanti dimakan buaya”. Keluarga tersebut belum tentu jadi pergi berkelah keran mulut celupar anaknya, karena sebagaian besar orang Malayu yang menghadapi situasi seperti ini terkadang mengira “mana tahu kata-kata anak tersebut betul terjadi walaupun dia cuma main-main”. Oleh itu mulut celupar dianggap sesuatu yang menggambarkan identiti budaya bahasa Melayu Malaysia yang seelok-eloknya dielakkan oleh masyarakat Malaysia.

3.0 KESIMPULAN

Identit budaya bahasa Melayu Malaysia sangat unik. Sebagai warganera luar, pengkaji menganggap ini sesuatu yang luar biasa. Sebuah budaya berbahasa yang sangat baik untuk ditiru oleh orang-orang luar. Identiti seperti bersopan santun, bercakap tidak berterus telang dengan berkias dan cakap belapik mestilah dipertahankan. Keindahan berpepatah dan berpantun dalam kalangan masyarakat Melayu merupakan perwujudan budaya yang layak dipertahankan. Kelangsungan identiti budaya bahasa Melayu Malaysia, berpengaruh kepada kesediaan masyarakat Malaysia itu sendiri yang mempertahankannya. Mahu atau tidaknya bergantung pada nilai yang ditanam oleh ibu bapa, keluarga, dan masyarakat sekitar. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa identiti budaya bahasa Melayu Malaysia merupakan identiti budaya bahasa yang baik. Semoga ke depan Malaysia dikenal sebagai negara maju yang masih mengekalkan identiti budaya bahasa yang unik ini.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hasan. 2002. Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2005. Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2008. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. Kuala Lumpur: S Proffesional Publishing Sdn. Bhd.

Awang Sarian dan Abu Rahim Bakar. 2002. Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Niksafiah et al. 1996. Tata Bahasa Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharum: pnyt. Zaharani Ahmad dan Noraziah Ali. 2007. Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malayia.

Teo Kok Seong. 2009. Bahasa sebagai Realiti Budaya. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Teo Kok Seong. 2010. Kesopanan Bahasa Jati Diri 1Malaysia. Berita Harian. 23 Febuari:BM.

Warno Katiman. 2002. Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tidak ada komentar: