Rabu, 16 Juni 2010

Analisis Perwatakan dalam Novel Ayat Ayat CINTA: Satu Analisis Stilistik

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM NOVEL Ayat Ayat CINTA:

SUATU ANALISIS STILISTIK

Disediakan oleh:

ROZIAH, S.Pd. ML

PROGRAM LINGUISTIK

PUSAT PENGAJIAN BAHASA DAN LINGUISTIK

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2010

1.0 Pendahuluan

Lukisan Desember 2004 itu telah membawa pengkaji pada pentas kenyataan yang berbeza. Saat itu, pengkaji ditawarkan untuk membaca ”Ayat Ayat CINTA”. Terbayang dalam fikiran pengkaji bahawa Ayat Ayat CINTA adalah buku yang berisi tentang ayat-ayat atau hadis-hadis yang mengajak kita untuk melukukan amar ma’ruf nahi mungkar. Pengkaji cuba memasuki keindahannya dengan membaca bab terakhir dari novel ini. Pengkaji langsung terpikat dengan kata-kata yang diungkapkan Maria pada Fahri. Aku masih mencium bau syurga. Wanginya merasuk ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.

Setelah memasuki keindahan karya fenomenal ini, pengkaji banyak mendapakan ilmu pengetahuan yang baharu. Inilah novel popular yang islami, ianya bukanlah sekadar kalimah-kalimah cinta yang mendayu-dayu. Namun, novel ini mengandungi tentang “politik, budaya, reliji, fikih, etika, bahasa, dan dakwah, sehingga layak untuk dibaca oleh siapa sahaja”. Ridho (2005). Bahasanya sangat indah kerana disampaikan dengan gaya yang puitis dan bersahaja sehingga tidak memenatkan mata membaca pesan-pesan yang terkandung didalamnya. Inspiring words For Writers (2005). … Masukilah keindahannya, niscaya akan engkau dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh gizi. Kadang ia mengundang air mata, tetapi ujungnya tetap ilmu yang berguna. Kadang ia membuat hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk kembali pada agama yang mulia.

Keindahan suatu cerita tidak terlepas daripada watak yang memberi peranan kepadanya. Setiap watak yang ada pasti mempunyai perwatakan sendiri. Perbezaan perwatakan tersebut merupakan hal yang menarik untuk dikaji oleh ahli stilistik. Oleh sebab itu, dalam kertas kerja ini pengkaji akan membincangkan watak dan perwatakan dalam novel Ayat Ayat CINTA berdasarkan analisis stilistik. Secara khususnya kertas kerja ini akan membincangkan pelbagai aspek kebahasaan dalam karya popular ini. Perbincangan aspek bahasa akan tertumpu pada aspek leksikal, dan bahasa kiasan. Selain itu juga penulis akan mengkaji maksud Ayat Ayat CINTA


2.0 Teks

Dasry (2002) mengungkapkan bahawa “karya sastra merupakan pekerjaan kreatif.” Sebagai seni kreatif yang menggunakan manusia dan segala macam segi kehidupannya maka ia merupakan suatu media untuk menyampaikan idea, teori atau pemikiran. Manusia menjadi objek pekerjaan kreatif. Sesuai dengan pendapat Semi(1998) “Sastra itu adalah suatu bentuk dan hasil pekerjaan seni kreatif yang objeknya adalah manusia dan kehidupannya dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya”.

Salah satu bentuk karya sastra adalah novel. Ayat Ayat CINTA termasuk novel popular. Pewajaran novel yang telah diterbitkan oleh Repulika di Jakarta ini dipilih, untuk dijadikan data kajian ialah kerana novel ini telah diulang cetak sebanyak 61 (XL1) kali dari Disember 2004 hingga Mac 2008. Ini termasuk cetakan sebanyak 22 kali pada bulan Mac tahun 2008. Sungguh ini suatu karya yang luar biasa popularnya sehingga penulisnya telah meraih Pena Award Novel terpuji Nasional 2005 dan Peraih Penghargaan The Most Favorit Book 2005 selisih 4 suara dengan Harry Potter. (Majalah Muslimah: 2006).

Novel ini terdiri dari 33 Bab, Namun, kajian ini tidak meliputi keseluruhan novel. Dari 33 bab yang ada, pengkaji hanya menganalisis bab 1 sahaja. Dalam Bab 1 yang bertajuk “Gadis Mesir Itu Bernama Maria”. ini terdiri dari 13 halaman, 86 perenggan dan 3171 kata. Latar ceritanya adalah mesir. Watak yang muncul dalam bab ini adalah Fahri, Maria dan Saiful. Penulis akan mengkaji tentang watak dan perwatakan Fahri dan Maria.

2.1 Penulis dan kewibawaannya

Habiburrahman El Shhirazy ialah seorang novelis yang dilahirkan di semarang, pada hari kamis tarikh 30 September 1976. Pendidikan S1 telah diselesaikan di Fakulti Ushuluddin. Jurusan Hadist, Universiti Al-Azhar dan melanjutkan pengembaraan intelektual S2 di The Institut For Islamic Studies in Cairo. Banyak prestasi yang telah diraihnya, diantaranya: Johan dalam Lomba Baca Puisi Religious Tingkat SMU se-Jawa Tengah, dan Johan Lomba Baca Puisi Arab tingkat nasional.

Goresan tinta Habiburrahman ada yang berbentuk naskah drama, diantaranya Wa Islam, Sang Kyai dan Sang Durjana dan Darah Syhada. Selain itu, prestasi Habiburrahman terlihat pada karya terjemahan seperti Ar-Rosul, Biografi Umar bin Abdul Aziz, Rihlah Illalah, dan Menyucikan Jiwa. Ia juga telah menulis beberapa antologi cerpen bertajuk Katika Duka tersenyum, Merah di Jenin, Ketika Cinta Menemukanmu. Beberapa karyanya yang telah terbit dalam bentuk Novel iaitu Ketika Cinta berbuah Syurga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, dan juga novel yang akan pengkaji ulas iaitu Ayat Ayat CINTA.

Habiburrahman pernah diundang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia selama lima hari (2002) untuk membacakan puisi-puisinya berkeliling Malaysia dalam momen Kuala Lumpur World Poetry Reading ke-9. Puisinya dimuatkan dalam Antologi Puisi Dunia PPDKL, majalah Dewan Sastera dan Imbauan PPDKL 1986-2002 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.2 Sinopsis

Fahri bin Abdillah ialah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelaran masternya di Al-Azhar. Bertahan hidup dengan menjadi penterjemah buku-buku agama. Dia adalah lelaki yang sempurna, tidak mengenal cinta sebelum berkahwin. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristian Khatolik tetapi mengagumi Al-Quran. Dia sangat mengagumi Maria kerana ketulusan, kepandaian, dan kebaikan hatinya. Sebaliknya Maria juga mengagunmi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Namun, cinta Maria hanya tercurah dalam diari sahaja yang selanjutnya membuat dia menderita karena cinta itu.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kiyai terkenal yang juga menuntut ilmu di Al-Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayangnya, rasa tidak percaya pada dirinya yang hanya anak keturunan petani membuatkannya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul sehingga Nurul menjadi ragu. Setelah itu ada Noura, tetangga yang selalu disiksa ayahnya sendiri. Fahri sangat bersimpati dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayangnya hanya simpati sahaja. Namun, Noura pula yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha, si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya sampai akhirnya mereka menjalani biduk berumah tangga.

Bab 1 novel ini bercerita tentang Fahri pergi talaqqi pada siang hari yang sangat panas. Hal yang terpenting digambarkan dalam bab ini adalah kekaguman Fahri pada Maria. Seorang gadis Mesir berwajah bersih membuka jendela kamarnya sambil tersenyum. Maria minta tolong kepada Fahri untuk membeli disket dua buah. Fahri sangat mengagumi Maria yang sangat cerdas itu kerana dari segi berbicara dan bergaul ia lebih islami. Ia bertambah kagum kerana ia selalu mendengar dari bibir Maria yang tipis itu hal-hal yang positif tentang Islam.

Mereka selalu berbincang. Perbincangan mereka selalu intelektual. Suatu ketika Maria berkata pada Fahri, “Fahri, aku geli sekali mendengar perkataan doktor dari Sorbonne itu. Dia itu orang Arab, juga muslim, tapi bagaimana bisa mengatakan hal yang stupid begitu. Aku saja yang Koptik bisa merasakan betapa indahnya Al-Qur’an dengan alif laam miim-nya. Kurasa rangkaian huruf-huruf seperti alif laam miim, alif laam ra, haa miim, yaa siin, nuun, kaf ha ya ‘ain shaad adalah rumus-rumus Tuhan yang dahsyat maknanya. Fahri pun menjelaskan pada Maria tentang pendapatnya tersebut adalah benar belaka.

3.0 Analisis Aspek Leksikal

Pengkaji terjerat dengan kepiawaian penulis menggambarkan keadaan bumi Mesir. Penggunaan leksikal yang tepat mampu menceritakan bagaimana alam Mesir di musim panas. Keadaan panas yang terlukis dalam perenggan 1 benar-benar dapat dirasakan oleh pembaca meskipun tidak pernah sampai di bumi para nabi tersebut. Metafora yang dipakai juga sangat indah untuk dibaca. Keberhasilan penulis melukiskan alam Mesir disebabkan kerana ia pernah mengalami sendiri hari-hari di kota Mesir tempat ia pernah menuntut ilmu. Senada dengan pengkaji, Ratih Sang mengatakan bahawa membaca Ayat Ayat CINTA ini membuat angan kita melayang-layang ke negeri seribu menara dan merasakan ‘pelangi’ akhlak yang menghiasi pesona-pesonanya.

Bedasarkan pemerhatian, novel ini memberikan manfaat yang luas terhadap pembacanya, karana banyak sekali ilmu yang terkandung di dalamnya. Salah satu manfaat karya tersebut ialah mengandungi unsur-unsur pendidikan dan pengajaran yang dapat dibuktikan dengan kehadran leksikal tertentu. Dari segi pendidikan Ayat Ayat CINTA dapat dilihat dari pembicaraan Fahri dan Maria tentang Islam dan Al-Quran berikut:

(1) Bahkan jujur kukatakan, ‘Al-Qur’an jauh lebih dimuliakan dan dihargai daripada kitab suci lainnya. Ia lebih dihargai daripada Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Pendeta J. Shillidy dalam bukunya The Lord Jesus in The Koran memberikan kesaksian seperti itu. Dan pada kenyataannya tak ada buku atau kitab di dunia ini yang dibaca dan dihafal oleh jutaan manusia setiap detik melebihi Al-Qur’an.

Dilihat dari segi pengajaran novel ini mengandungi nilai positif. Pengertian nilai dalam KBBI diartikan “adalah sifat-sifat berguna bagi manusia” (2005:783). Nilai merupakan pembendaharaan bahasa manusia di mana-mana. Manakala Hamidy (1993) pula berpendapat nilai selalu diperlukan apa saja, terutama dalam tingkah laku manusia. Nilai-nilai dalam novel ini dapat dijadikan pedoman dalam pembinaan hidup sehari-hari. Ajaran di dalamnya dapat memperkaya batin, secara sederhana dapat disebut Ayat Ayat CINTA bukan sekedar hasil kreatif imajinatif pengarangnya saja, tetapi lebih cenderung melihat watak-watak di dalam cerita sebagai darah dan daging dalam tubuh novel ini.

Salah satu nilai yang terkandung dalam Ayat Ayat CINTA adalah nilai Keislaman. Nilai keislaman tersebut mencakup tiga bagian, iaitu (1) Aqidah yang berhubungan dengan Rukun Iman, (2) Syariat yang berhubungan dengan rukun Islam, dan 3) Akhlak atau Ihsan yang berhubungan dengan tingkah laku atau perbuatan. Nilai agama Islam mewarnai corak kehidupan Fahri dan Maria. Semua aspek kehidupannya berpedoman pada nilai Islam. Kaelany (2000) menjelaskan: Islam artinya penyerahan diri kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Esa. Penyerahan diri itu diikuti dengan kepatuhan dan ketaatan untuk menerima dan melakukan apa saja perintah dan larangan-Nya.

Syahminan (1983) Aqidah bererti kepercayaan, keyakinan, dan iman. Akhlak adalah tingkah laku atau perbuatan yang ada sangkut pautnya dengan kata-kata Khalik (Pencipta), dan Makhluk (yang diciptakan). Seperti halnya Akhlak Salaf (mulia) yang dimiliki oleh Nabi Muhammad Saw yang merupakan cerminan akhlak al-quran dan sunah, diwarisi para sahabat, dan para Imam yang mendapat hidayah. Salah satu akhlak yang dimiliki oleh Nabi Muhammad Saw adalah berbuat baik kepada kerabat dekat dan bergaul baik dengan orang lain. Pada garis besarnya Akhlak Islam yang terdapat dalam novel Ayat Ayat CINTA adalah akhlak terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan Aklak Terhadap sesama Manusia.

Akhlak terhadap Khalik meliputi:

1. Menyembah Allah merupakan perbuatan baik kepada Allah. Dibuktikan dengan kehadiran leksikal kata kerja “shalat” Aku cepat-cepat melangkah ke jalan menuju masjid untuk shalat zhuhur.

2. Bersyukur kepada Allah. Firman Allah tersebut telah dijalankan oleh Fahri dengan kehadiran leksikal ”PadaMu” dalam perenggan: PadaMu, kutitipkan secuil asa. Kau berikan selaksa bahagia. PadaMu, kuharapkan setetes embun cinta, Kau limpahkan samudera cinta. Fahri telah menjalankan Firman Allah yang ertinya “Dan tak kala Tuhanmu memaklumatkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu melanggar, maka sesungguhnya azabku sangat pedih” (QS. 14:7).

Akhlak terhadap Makhluk (Akhlak Terpuji) telah dijalankan oleh Fahri dan Maria. Akhlak kepada makhluk hidup yang terpuji seperti:

1. Menepati janji, dapat dibuktikan dengan leksikal “ditepati” dalam ayat : Kalau tak ingat bahwa jadwal adalah janji yang harus ditepati.

2. Menjawab salam terlihat pada pembicaraan Fahri dan Syaiful: Allah yubarik fik, Mas,” ujarnya serak. “Wa iyyakum!8” balasku sambil memakai kaca mata hitam dan memakai topi menutupi kopiah putih yang telah menempel di kepalaku.

3. Tolong-menolong tergambar dengan kehadiran leksikal “baik” dalam pembicaraan Maria dan Fahri : Belikan disket. Dua. Aku malas sekali keluar.” “Baik, insya Allah.”

4. Patuh pada orang tua, dapat disaksikan dalam monolog watak Fahri: Kalau tidak ingat bahwa aku dilepas dengan linangan air mata dan selaksa doa dari ibu, ayah dan sanak saudara,

5. Bersikap malu, dalam pembicaraan Fahri dan Syaiful: Aku sangat tidak enak pada Syaikh Utsman jika tidak datang

6. Memberi nasihat pada pembicaraan Fahri dan Syaiful “Mas Fahri, udaranya terlalu panas. Cuacanya buruk. Apa tidak sebaiknya istirahat saja di rumah?”

3.2 Aspek Kiasan

Fadzeli (10) kiasan merujuk kepada penggunaan bahasa yang lazim (regular) dan tak lazim (irregular). Penggunaan bahasa lazim mislanya, unsur pengulangan atau kesejajaran yang ditemui dalam sesuatu teks. Penggunaan bahasa tak lazim pula, misalnya penyimpangan dari segi makna, iaitu metafora atau penyimpangan dari struktur ayat. Termasuk juga dalam bahagian kiasan ini ialah analisis pola fonologi yang berkaitan dengan rima omotopeia dan sebagainya.

Menurut Leech dan Short (1991) dalam Fadzeli “kiasan merujuk kepada gejala peyimpangan yang tertentu dari pada norma yang umum, misalnya perulangan (paralisme dan anafora). Pengkaji telah menemukan penyimpangan-penyimpangan bahasa tertentu dalan novel ini. Selain itu, pengkaji juga telah menemukan perulangan yang bersifat anafora. Penyimpangan dan anafora tersebut merujuk kepada perwatakan watak Fahri dan Maria yang akan diperincikan dalam bahagian yang berikut:

3.2.1 Penulisan Tajuk

Pengkaji akan memulakan interpretasi terhadap penulisan tajuk Ayat Ayat CINTA. Penulisan tersebut merupakan salah satu bentuk penyimpangan bahasa yang ada dalam novel ini. Logiknya penulisan kata ulang “Ayat Ayat” harus dipisah dengan tanda sengkang (-). Seharusnya penulisan tajuk yang benar adalah ”Ayat-ayat CINTA”. Penulisan tajuk Ayat-Ayat Cinta ini boleh diertikan sebagai kumpulan beberapa ayat tentang cinta. Habiburrahman pasti mempunyai maksud tertentu dengan penyimpangan bahasa yang sengaja dibuat tersebut.

Apabila kata ”Ayat” didengar oleh orang-orang di Indonesia, secara logik mereka akan teringat dengan Al-Qur’an yang terdiri dari 6236 ayat menurut Araditya (2008). Selain itu juga mereka akan teringat tentang undang-undang misalnya dalam Undang-Undang 1945 Pasal 29 Ayat 1 ”Negara Berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa”. Bagi orang-orang Malaysia pula ”ayat” adalah satu perkataan atau serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud, sama dengan kalimat dalam bahasa Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2007). Kepelbagaian maksud kata ayat tersebut sudah tentu memberi maksud tertentu pada penyimpangan penulisan tajuk tersebut.

Menurut hemat pangkaji, penulisan tajuk Ayat Ayat CINTA memberi maksud istimewa dan pesan moral yang penting. Kata Ayat yang pertama adalah ayat yang terkait dengan undang-undang, merujuk pada peristiwa Fahri difitnah memperkosa Noura sehingga Fahri ditangkap kerana telah dituduh melanggar Undang-undang Mesir. Kata Ayat yang kedua adalah ayat yang merujuk pada makna Ayat-Ayat Al-Qur’an mengingatkan kita nasib Fahri yang difinah, Fahri pasrah dan selalu berdoa sambil membaca ayat-ayat Al-Quran. CINTA adalah tari tujuan akhir dari hidup Fahri, baik itu cintanya pada Tuhan dan pada manusia lainnya.

Ayat Ayat CINTA di posisi Maria memberi maksud lain. Ayat yang pertama adalah Ayat Al-Quran, yang mana Maria telah menghafal beberapa surah dalam Al-Quran meskipun ia seorang Kristian koptik, hal ini lah yang menyebabkan Fahri benar-benar mengagumi Maria. Ayat yang kedua ditujukan pada kalimah-kalimah cinta yang tercatat dalam buku hariannya kerana ketidakmampuannya mengukapkan kalimah itu secara lansung. Kalimah-kalimah cinta tersebut ditujukan kepada Fahri. CINTA juga jadi tujuan akhir hidup Maria, yang mana dia sanggup mengorbankan nyawa demi membela orang yang dicintai dalam siding penentuan Fahri.

CINTA ditulis dengan huruf kapital semua. Ini menandakan bahawa setiap watak dalam novel ini tidak terlepas dari cinta. Baik itu Fahri, Maria, Aisha, Nurul maupun Noura. Cinta juga terlibat dalam semua aspek kehidupan manusia baik itu cinta kepada Tuhan, cinta kepada orang tua maupun cinta kepada pasangan hidup masing-masing. Cinta dalam bab 1 ini merujuk pada perwatakan Fahri dan Maria


3.2.2 Penulisan Huruf Kapital

(2) TENGAH HARI INI, kota Cairo seakan membara.

Penyimpangan bahasa tersebut terjadi kerana penulis ingin menyampaikan maksud bahawa dalam bab 1 ini, menceritakan peristiwa yang berlaku pada waktu tengah hari. Keadaan Mesir pada waktu tengah hari sangatlah panas. Frasa tersebut telah mewakili bab 1 untuk menyebutkan banyak peristiwa yang terjadi pada waktu tengah hari. Diantaranya peristiwa Fahri yang berjuang melawan rasa malasnya untuk pergi talaqqi, dengan tekat yang bulat ia pergi dengan membawa Al-Quran dan perlengkapan lainnya. Peristiwa penting pula tercatat adalah awal perkenalan diantara Fahri dan Maria sewaktu balik kuliah pada waktu tengah hari. Penyimpangan penulisan huruf kapital ini telah membuktikan bahawa Fahri mempunyai perwatakan yang pemberani dan tahan menempuh cabaran. Selain itu, penyimpangan ini juga menunjukkan perwatakan Maria yang ramah dan pemberani merujuk pada keberanian Maria memulai perkenalan dengan Fahri di dalam Metro.

3.2.3 Penulisan tanda baca (!?)

(3) Ramalan cuaca mengumumkan: empat puluh satu derajat celcius! Apa tidak gila!?

Penggunaan dua intonasi final (!?) secara serentak oleh Habiburrahman ini mampu membawa pengkaji untuk menerawang berpikir panjang dalam mengiterpretasi penyimpangan tersebut. Tidak mudah untuk menilainya, sama ada Ayat tersebut merupakan seruan yang berbentuk pertanyaan atau pertanyaan yang berbentuk seruan. Ayat tersebut pengkaji kategorikan sebagai seruan yang berbentuk pertanyaan, hal ini kerana tanda seru dibubuh terlebih dulu. Selain itu, seruan ini merupakan monolog dalaman yang dilakukan oleh Fahri, kerana ianya tidak memerulukan jawaban. Ini sungguh penyimpangan yang jarang sekali terjadi di dalam novel. Namun hal penting yang perlu digarisbawahi adalah, penyimpangan ini telah menggambarkan watak Fahri cuba memberitahukan kepada pembaca bahawa belajar di Mesir merupakan suatu tantangan dan cobaan yang berat. Selain itu, ia juga menandakan perwatakan Fahri yang perhatian dan rajin mengikuti hal-hal yang bersifat baik seperti menonton berita.


3.2.4 Meng-anakemas-kan

(4) Tahun ini, setelah melalui ujian ketat beliau hanya menerima sepuluh orang murid. Aku termasuk sepuluh orang yang beruntung itu. Lebih beruntung lagi, beliau sangat mengenalku. Itu karena, di samping sejak tahun pertama kuliah aku sudah menyetorkan hafalan Al-Qur’an pada beliau di serambi masjid Al Azhar, juga karena di antara sepuluh orang yang terpilih itu ternyata hanya diriku seorang yang bukan orang Mesir. Aku satu-satunya orang asing, sekaligus satu-satunya yang dari Indonesia. Tak heran jika beliau meng-anakemas-kan diriku. Dan teman-teman dari Mesir tidak ada yang merasa iri dalam masalah ini. Mereka semua simpati padaku.

Penyimpangan bahasa dalam kata meng-anakemas-kan telah membawa pengkaji untuk mengakui bahawa terdapat maksud yang dalam kata tersebut. Awalan meN akan menjadi meng apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, h, a,i,u,e,o. Niksafiah, at.al (2008:154). Imbuhan meng berfungsi untuk membentuk kata kerja. Akhiran kan juga berguna untuk membentuk kata kerja. Maksud yang terkandung dalam kata majemuk anak emas adalah orang yang disayang, diberi perhatian lebih dan dibanggakan oleh orang lain. Anak emas telah mendapat dua imbuhan yang sama-sama membentuk kata kerja.

Penulisan yang benarnya adalah menganakemaskan. Penyimpangan ini sengaja dilakukan oleh pengarang untuk menyampaikan maksud tersirat pengarang tentang Fahri. Habiburrahman telah mampu melukiskan bahawa Fahri merupakan seorang yang pandai dan sangat rajin. Kepandaian Fahri dibuktikan dengan ayat sejak tahun pertama kuliah aku sudah menyetorkan hafalan Al-Qur’an pada beliau di serambi masjid Al Azhar sehingga Fahri sangat dikenali dan disayangi oleh gurunya.

3.1.5 Penggunaan kata Aku

Penulis memakai teknik penceritaan melalui sudut pandangan orang pertama iaitu “aku”, sehingga ia terasa begitu dekat dengan pembaca. Tokoh Fahri dan Maria dibuat benar-benar hidup atau nyata. Selain itu, Penggunaan kata ganti nama ‘aku’ juga menandakan bahawa hubungan yang akrab telah dibina oleh penulis dengan pembaca. Kata aku ini kerap digunakan oleh tokoh Fahri dan Maria apabila berkomunikasi. Seperti contoh berikut:

(5) “Hei namamu Fahri, iya ‘kan?”

“Benar.”

“Kau pasti tahu namaku, iya ‘kan?”

“Iya. Aku tahu. Namamu Maria. Puteri Tuan Boutros Girgis.”

Penggunaan kata aku pada pembicaraan awal perkenalan Fahri dan Maria menanpakkan hubungan yang akrab telah terjalin diantara mereka berdua. Kesan yang ditibulkan dari penggunaan kata aku dalam novel ini mampu membius pembaca. Pembaca akan merasa dekat dengan novel ini, bahkan sesetengah orang akan merasa ikut berperan dalam novel ini. Jika orang laki-laki membaca bab 1 ini, ia seolah-olah berperan seperti Fahri, sebaliknya jika perempuan yang membacanya bab ini, ia akan merasa menjadi Maria.

3.2.5 Anafora

”Anafora adalah pengulangan yang berwujud perulangan kata pada tiap baris atau kalimat berikutnya.” Keraf (2004: 127). Hasanuddin mengungkapkan ”Pengulangan bunyi kata yang sama pada awal larik disebut anafora.” (2002: 78). Menurut Laelasari dan Nurlailah (2006: 31) bahwa anafora adalah pengulangan bunyi pada kata atau struktur sintaksis yang terdapat pada larik-larik atau kalimat-kalimat yang berurutan dengan tujuan untuk memperoleh kesan tertentu.

Berdasarkan tiga pendapat tersebut, anafora dapat diertikan sebagai perulangan kata, frasa atau clausa pertama yang terdapat dalam novel Ayat Ayat CINTA. Perulangan tersebut berfungsi untuk mempertegas bahwa kata yang diulang tersebut sangat penting. Selain itu, perulangan juga mempunyai maksud untuk mencapai kesan keindahan bahasa. Pengulangan kata yang sama dapat menimbulkan kesan kesungguhan dalam penyampain pesan. Kesan kesungguhan ini bertujuan agar apa yang ditulis dapat diinterpretasi secara logik. Contoh perulangan tersebut ialah:

(6) Ah, kalau tidak ingat bahwa kelak akan ada hari yang lebih panas dari hari ini dan lebih gawat dari hari ini. Hari ketika manusia digiring di padang Mahsyar dengan matahari hanya satu jengkal di atas ubun-ubun kepala. Kalau tidak ingat, bahwa keberadaanku di kota seribu menara ini adalah amanat. Dan amanat akan dipertanggungjawabkan dengan pasti. Kalau tak ingat, bahwa masa muda yang sedang aku jalani ini akan dipertanyakan kelak. Kalau tak ingat, bahwa tidak semua orang diberi nikmat belajar di bumi para nabi ini. Kalau tidak ingat, bahwa aku belajar di sini dengan menjual satu-satunya sawah warisan dari kakek. Kalau tidak ingat bahwa aku dilepas dengan linangan air mata dan selaksa doa dari ibu, ayah dan sanak saudara. Kalau tak ingat bahwa jadwal adalah janji yang harus ditepati. Kalau tak ingat itu semua, shalat zhuhur di kamar saja lalu tidur nyantai menyalakan kipas dan mendengarkan lantunan lagu El-Himl El-Arabi atau El-Hubb El-Haqiqi, atau untaian shalawatnya Emad Rami dari Syiria itu, tentu rasanya nyaman sekali.

Pengulangan menggunakan gaya pengulangan dalam bahagian naratif. Repitisi dalam contoh “Kalau tidak ingat bahawa” di ulang sebanyak 4 kali, sedangkan “kalau tak ingat bahawa” juga diulang sebanyak 4 kali. Perbezaan terdapat pada bahagian penerangnya saja. Hal ini guna memberi penekanan makna terhadap ayat-ayat tersebut. Pengulangan ini dibuat oleh Habiburrahman bahawa Fahri merupakan lelaki islam yang mempunyai watak iaitu Iman kepada hari akhir, amanah, menghargai masa mudanya, Menyedari tidak semua orang dapat berlajar di Mesir, menyadari hidupnya tidak kaya, patuh pada orang tua, dan menepati janji

3.2.6 Metafora

Tim Ganesa Operation (2004) Gaya Bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan yang tepat untuk melukiskan sesuatu. Apabila penulis menggambarkan sesuatu dengan membandingkannya dengan sesuatu yang lain, maka penulis sebenarnya telah menggunakan bahasa kiasan. Penulis Ayat Ayat CINTA banyak menggunakan bahasa kiasan untuk menyampaikan maksud yang tersiratnya.

Bahasa kiasan yang diberikan penulis boleh melangkaui makna harfiah atau sebenarnya di sebalik perkataannya dengan tujuan untuk melengkapi memberikan sesuatu kesan dalaman yang lebih segar pada sesebuah idea. Penggunaan bahasa kiasan secara berhati-hati dan tepat, oleh penulis ini telah menjadi alat yang kuat untuk menyampaikan maksudnya kepada pembaca. Sehingga ia terlihat lebih bertenaga untuk mengugah pembaca. Jenis-jenis bahasa kiasan yang digunakan oleh Hpenulis dalam Novel Ayat Ayat CINTA:

(8) TENGAH HARI INI, kota Cairo seakan membara. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi.

Kota Cairo dilambangkan sebagai Neraka. Pengkaji mengandaikan bahawa api dalam hal ini adalah gambaran tentang sosok syaitan yang mengerikan. Dia datang untuk menggoda Fahri supaya tidak pergi keluar. Kata kuncinya terletak pada KK “menjulur dan menjilat-jilat” kedua-dua pekerjaan tersebut biasanya dilkukan oleh manusia atau haiwan. Ini berbeza dengan yang bisanya, perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan oleh api. Posisi bumi menjadi pengalami saat ini. Sesuai dengan hakikatnya manusia diciptakan dari tanah, maka bumi tersebut dilambangkan sebagai manusia, . Kesan yang dilakarkan adalah tentang neraka yang terlihat begitu jelas mengerikan dan menakutkan.

(9) Tanah dan pasir menguapkan bau neraka.

Kata Nama (KN) tanah dan pasir merupakan objek fizikal yang mempunyai sifat berbeda. Pasir merupakan lambang kekerdilan meskipun mempunyai sifat yang keras sedangkan tanah mempunyai sifat lembut. Kata hubung ‘dan’ berguna untuk menyeimbangkan diantara tanah dan pasir. Penanda utamanya terletak pada kata kerja proses “menguap”. Keadaan panas yang mengubah cairan dalam tanah menjadi keadaan uap, sehingga menimbulkan bau busuk. Selain itu, menguap adalah mengeluarkan udara dari mulut kerana mengantuk. Perbuatan tersebut menghasilkan hawa panas dan bau busuk dari dalam mulut. Ayat tersebut telah memberi gambaran kepada pembaca tentang keadaan neraka yang mengerikan. Bau busuk dan hawa panas akan menjadi makanan para penghuni neraka.

Hikmah yang dapat dipetik daripada ayat tersebut ialah keinsafan kita pada hari pembalasan, keseraman neraka, dan mengaitkannya serapat mungkin dengan unsur-unsur yang ada dalam diri manusia agar kesedaran bertobat itu datang lebih cepat atau lebih kuat. Namun, hal yang terpenting adalah bagaimana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi hari pembalasan tersebut dengan melakukan amal ibadah supaya kita tidak terjerumus dalam neraka. Kesan yang ditimbulkan dari ayat tersebut adalah tentang perjuangan Fahri dalam mendapatkan ilmu agama. Hal ini telah melakarkan perwatakan Fahri yang penyabar.

(10) Angin sahara menampar mukaku dengan kasar.

Penulis telah membuat benda mati seolah-olah hidup. Benda mati yang dijadikan seperti manusia. Fungsinya supaya kita bisa lebih sensitif terhadap alam sekitar, teguran sedikit atau perubahan alam sedikit saja sudah dirasakan dengan cukup kuat. Segala apa yang diciptakan Allah di muka bumi ini bias saja menghukum kita. Pewajaran seorang manusia apabila mukanya ditampar, maka ia tentu merasa sakit. Hikmah yang ditimbulkan dari peristiwa ini adalah manusia tidak ada apa-apanya di muka bumi ini, sekelip mata saja boleh hancur, ntah itu diterkam badai, ribut petir, dan terbakar api. Dalam peristiwa ini, pengkaji mengandaikan bahawa angin sahara itu adalah bisikan syaitan yang menggoda Fahri agar dia tidak pergi mengaji. Bahasa kiasan ini digunakan untuk menjelaskan keteguhan dan ketabahan Fahri menghadapi godaan untuk tidak pergi menuntut ilmu.

(11) Hembusan angin sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambah panas udara semakin tinggi dari detik ke detik.

Benda yang biasanya di gulung adalah tikar (alas tempat duduk atau alas tempat tidur). Perbuatan tersebut melakhirkan kisah tentang percampuran antara syaitan (angin sahara) dengan manusia (debu) di dalam neraka. Percampuran ini membuat keadan semakin panas. Ayat ini juga tidak terlepas dari penerang waktu “detik ke detik” yang dapat dikaitkan dengan waktu sebagai sesuatu yang meningkatkan kesengsaraan. Ibarat orang yang menghidap ketumbuhan, semakin hari semakin menderita kesakitan. Ertinya semakin lama manusia berada didalam neraka, maka ia akan merasa tersiksa.

(13) Debu bergumpal-gumpal bercampur pasir menari-nari di mana-mana.

Dua benda yang berbeza sifatnya kini telah bersatu dan berpesta. Penulis cuba mengurangkan rasa sedih dengan mengibaratkan sebuah penderitaan dengan kata-kata yang berkonotasi positif dan bahagia (menari-nari). Namun, hal yang digambarkan adalah suasana yang hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada "dibumi al-mahsyar " yang masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang berjalan seperti biasa dan ada yang berjalan dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki ke atas, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk, bergantung kepada tahap amalan masing-masing JAKIM (2008).

(14) Sampai di halaman apartement, Jilatan panas matahari seakan menembus topi hitam dan kopiah putih yang menempel di kepalaku.

Gugusan ayat tersebut telah memberi pesan pada kita tentang panasnya hari kiamat. Matahari dikatakan berada sejengkal di atas kita. Ianya bukan saja menembus otak kita, tetapi ianya juga mampu membakar seleruh tubuh kita. Dalam hal ini kita diberi peringatan supaya segera bertaubat kerana hari pembalasan pasti ada. JAKIM (2008) “…suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu.” senada dengan itu, dapat digambarkan pula tentang bagaimana nanti kita di neraka:

Artinya: "Setelah berlaku demikian maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing), adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah Hawiyah. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia Hawiyah itu? " Hawiyah itu ialah api yang panas membakar. (Surah Al-Zalzalah ;ayat 6-11 ).

(15) Telingaku menangkap ada suara memanggil-manggil namaku dari atas.

Pada hakikatnya, pekerjaan menangkap biasanya dilakukan oleh tangan, seperti menangkap bola. Telingaku (telinga fahri) diandaikan mempunyai tangan oleh Habiburrahman sehingga mampu menangkap bunyi. Tangan dalam hal ini bukanlah tangan yang sebenar melainkan tangan yang bersifat tidak nyata, hal ini guna menyamakan sifat bunyi yang tidak nyata juga. Satu hal penting yang ingin digambarkan penulis sebenarnya adalah Fahri dan Maria mempunyai rasa yang sama iaitu rasa cinta. Kekuatan cinta mereka yang membuat Maria memanggil nama Fahri yang seakan tau kalau yang memanggil itu adalah Maria. Proses menanggkap ini digambarkan sebagai gerak sepontan dari dalam hati Fahri.

3.3 Perwatakan Fahri dan Maria

3.3.1 Perwatakan Fahri

(16) “…Dari mana kamu tahu itu?” selidikku penuh rasa kaget dan penasaran.

(17) “Kau juga suka menghafal Al-Qur’an? Apa aku tidak salah dengar?” heranku.

(18) Padahal rumah beliau dari masjid tak kurang dari dua kilo,” tukasku sambil bergegas masuk kamar kembali, mengambil topi dan kaca mata hitam.

(19) “Wa iyyakum!8” balasku sambil memakai kaca mata hitam dan memakai topi menutupi kopiah putih yang telah menempel di kepalaku.

(20) “Saif. Jangan lupa pesanku tadi!” kembali aku mengingatkan sebelum membuka pintu

(21) 117: Mungkin, sejak azan berkumandang Maria telah membuka daun jendela kayunya. Dari balik kaca ia melihat ke bawah, menunggu aku keluar. Begitu aku tampak keluar menuju halaman apartemen, ia membuka jendela kacanya, dan memanggil dengan suara setengah berbisik. Ia tahu persis bahwa aku dua kali tiap dalam satu minggu keluar untuk talaqqi Al-Qur’an. Tiap hari Ahad dan Rabu.

Contoh 16 dan 17 adalah klausa pelapor berpenanda. Kedua-dua klausa pelapor berpenanda ini telah membawa tanggapan tertentu berupa persaan tambahan tentang sikap si Fahri. Penyajian fikiran dalam Ayat Ayat CINTA sangat menarik. Ia dilukiskan dari sikap penasaran (ingin tahu) Fahri terhadap Maria. Perwatakan Fahri ini dilukiskan dengan kehadiran kata kerja mental selidikku dan heranku pada contoh di atas. Fahri selalu mencari tahu tentang keunikan Maria. Sehingga dia dapat menebak (menafsir) apa-apa yang berkenaan dengan Maria, kecuali satu hal iaitu cinta Maria pada dirirnya. Berikut merupakan cuplikan tentang tebakan Fahri terhadap Maria. Selain itu, Ia menandakan sikap watak fahri yang mempunyai rasa ingin tahu yang kuat dan menandakan ia seorang yang haus akan ilmu. Hal ini telah dibenarkan oleh Ahmad Tohari Bagus…! Sebuah novel tentang seorang santri salaf metropolis dan musafir yang haus ilmu

Berdasarkan contoh 18 tersebut kata tukasku bersifat neutral. Kata tukas bererti ulang (Kamus Dewan, 2007:1726) pengkaji mengertikan kata tukas adalah penjelasan yang berulang tentang i’tikad baik Fahri untuk pergi Talqqi. Habiburrahman telah berhasil menjadikan watak Fahri yang teguh pendirian. Manakala contoh 19 yang disampaikan dalam bahasa arab yang berarti “Semoga Allah melimpahkan berkah kepadamu”. Merupakan balasan untuk doa yang disampaikan oleh Saiful. Meskipun Fahri sibuk, ia tetap membalas kebaikan orang dengan kebaikan pula. Dalam hal ini penulis telah berjaya menjadikan Fahri seorang lelaki yang tau mengenang budi.

Contoh 20 pula berupa Peringatan yang disampaikan oleh Fahri kepada Siful. Ini membukti Fahri mempunyai jiwa pemimpin. Selain itu juga, peringatan tersebut menggambarkan watak fahri yang bertangung jawab pada teman-temannya, dan menandakan Fahri peduli dengan kawan-kawannya. Contoh 21 telah mengkabarkan bahawa Fahri telah mengenal prilaku Maria. Dia hafal benar dengan sikap gadis yang unik itu. Hal ini telah membuktikan bahawa Fahri dan Maria mempunyai sifat mudah akrab dengan orang lain. Meskipun di awal perenggan tersebut di mulai dengan kata ‘mungkin’, tetapi Habiburrahman telah menjadikan Fahri sebagai orang yang pandai menduga dan mempunyai filling yang kuat, ini dibuktikan dengan ayat 5 dalam contoh tersebut.

3.3.2 Perwatakan Maria

(22) Matanya yang bening menatapku penuh binar. Maria gadis yang unik. Ia seorang Kristen Koptik atau dalam bahasa asli Mesirnya qibthi, yang taat namun ia suka pada Al-Qur’an. Dalam hal etika berbicara dan bergaul ia terkadang lebih Islami daripada gadis-gadis Mesir yang mengaku muslimah. Jarang sekali kudengar ia tertawa cekikikan. Ia lebih suka tersenyum saja. Pakaiannya longgar, sopan dan rapat. Selalu berlengan panjang dengan bawahan panjang sampai tumit. Hanya saja, ia tidak memakai jilbab.

(23) Yang jelas namaku tertulis dalam kitab sucimu. Kitab yang paling banyak dibaca umat manusia di dunia sepanjang sejarah. Bahkan jadi nama sebuah surat. Surat kesembilan belas, yaitu surat Maryam. Hebat bukan?”

(24) Ia gadis yang sangat cerdas.

Kehadiran Watak maria telah memberi warna dalam novel ini. Keunikankanya membuat watak utamanya tersihir dan mengaguminya. Susah untuk ditebak aqidah yang dianut oleh gadis cerdas ini. Keunikan watak Marialah yang telah membuat novel ini menjadi menarik sehingga layak untuk dibaca. Untuk menebak aqidah yang dipegang oleh Maria, pengkaji perlu menelusuri novel ini dari bab 1 sampai bab yang terahir.

Ia selalu mengormati dan memuliakan oring-orang yang ada disekelilinya, ibu bapa, adik, Fahri dan kawan-kawan yang sudah bertahun menjadi tetangganya. Selain itu ia sangat mengormati Al-Quran. Penghormatannya pada Al-Qur’an bahkan melebihi beberapa intelektual muslim. Dari bibirnya yang manis itu selalu mengucapkan hal-hal yang positif tentang Islam. Selain itu, adalagi keunikan Maria, Ia hafal surat Maryam dan surat Al-Maidah. Ia juga tahu adab dan tata cara membaca Al-Qur’an. Fahri menganggapnya gadis Koptik yang aneh bahkan misteri. Kerana ia paling suka dengar suara azan, tapi pergi ke gereja tidak pernah ia tinggalkan, sehingga Fahri tidak tahu jalan pemikiran Maria. Pendapat pengkaji boleh dibuktikan dengan membaca contoh 22. Dinyatakan juga tentang perilaku Maria yang mempunyai etika baik dalam pergaulan mahupun berpakaian

Contoh 23 telah memberi gambaran perwatakan Maria yang bangga pada orang tuanyanyang telah melahirkannya dan memberikannya nama Maria yang telah tercatat dalam Al-Quran. Gambaran tersebut telah membuktikan bahawa Maria mempunyai Akhlak yang terpuji. Gambaran tentang perwatakan Maria terlihat jelas pada contoh 24 ia seorang gadis yang sangat cerdas. Ia mendapat peringkat terbaik kedua tingkat nasional Mesir pada ujian akhir Sekolah Lanjutan Atasnya. Selain itu, ia selalu meraih predikat mumtaz atau cumlaude di Fakultas Komunikasi, Universitas Cairo, sehingga dia pernah ditawarkan menjadi wartawan Ahram, akhbar terkemuka di Mesir.

3.3.3 Perbandingan Watak Fahri dan Watak Maria

(25) “Hei Fahri, panas-panas begini keluar, mau ke mana?”

“Shubra.”

“Talaqqi Al-Qur’an ya?”

Aku mengangguk.

“Pulangnya kapan?”

“Jam lima, insya Allah.”

“Bisa nitip?”

“Nitip apa?”

“Belikan disket. Dua. Aku malas sekali keluar.”

“Baik, insya Allah.”

Contoh 25 memperlihatkan perbandingan watak Fahri dan Maria, meskipun kedua-duanya sama-sama pintar, baik dan penyayang. Fahri mempunyai Perwatakan yang tegar dan tahan terhadap penderitaan demi menuntut ilmu pengetahuan. Sedangkah Maria terlihat lemah dan tidak tahan dengan cabaran seperti membuang rasa malas untuk membeli disket demi tugas kuliahnya. Kelemahan tersebutlah yang menyebabkan Fahri menjadi watak utama dalam novel ini

4.0 Kesimpulan

Beberapa penemuan penting yang dapat disipulakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Watak Fahri: Akhlak terpuji terhadap Khalik (pencipta) dan sesama manusia, menepati janji, menjawab salam, suka menolong, patuh pada orang tua, bersikap malu, memberi nasihat, penyayang, pemberani, tegar, perhatian, rajin, pandai, senang bergaul, penyabar, peka, selalu ingin tahu, dan suka membalas budi.

(ii) Watak Maria: Mengormati dan memuliakan orang-orang yang ada disekelilingnya, mengkagumi Al-Quran, beradab, etika baik dalam pergaulan maupun berpakaian, Maria mempunyai akhlak yang terpuji, cerdas, penyayang, rajin, tetapi tidak kuat menahan godaan

5.0 Rujukan

Al-Quran (1999) Al-Quran Terjemahan Indonesia. Jakarta: PT Sari Agung.

Al-Mubary, Dasri. 2002. Puisi dan Prosa. Pekanbaru:Yayasan Sepada

Fadzeli, Muhammad. (10 September 2009). Perbualan dan Ujaran: Kuliah 9 Stilistik

Hamidy, UU. 1993. Nilai Suatu Kajian Awal. Pekanbaru: UIR Press.

Inspiring words For Writers (edisi Juli 2005)

Kamus Besar Bahasa Indonesia. 2005. Edisi Ketiga. Jakarta:Balai Pustaka.

Kamus Dewan. 2007. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kaelany. 2000. Islam dan Aspek-Aspek Kemasyarakatan. Jakarta:Bumi Aksara.

Keraf, Gorys. 2005. Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Laelasari dan Nurlailah. 2006. Kamus Istilah Sastra. Bandung: Nuansa Aulia.

Leech, G.N. & Short, M.H. 1991 style in fiction. London: Longman

Majalah Muslimah. 2006

Nik Safiah, at.al. 2008. Tata Bahasa dewan Edisi Ketiga. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ridho, Abu. 2005. Dalam Bedah Ayat Ayat CINTA Musyawarah Nasional Partai Keadilan Sejahtera 2005.

Semi, M Atar. 1998. Anatomi Sastra. Padang:Angkasa Raya.

Tim Ganesa Operation. 2005. Instan Bahasa Indonesia SMA. Bandung: Erlangga

WS, Hasanuddin. 2002. membaca dan Menilai sajak. Pengantar Pengkajian dan Interprestasi. Bandung: Angkasa

Zaini, Syahminan. 1983. Kuliah Aqidah Islam. Surabaya:Al Ikhlas.

araditiya.blogspot.com

upsrbm.tripod.com

www.islam.gov.my

www.mesra.net

Teks Kajian

Habiburrahman El Shirazy. 2008. Ayat Ayat CINTA. Jakarta: Republika


Tidak ada komentar: