Rabu, 25 April 2012

Latihan dalam Stilistika


Teks 1
  1. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja, tiba-tiba saja hati shazwa digayut rindu.
  2. Ketika memasuki tempat meletak kereta, dia terpandang kereta Marzi yang berada di antara barisan kereta yang memenuhi tempat letak kereta itu.
  3. Sebaik melangkah masuk ke restoran tersebut matanya segera terpandang Mazri yag sedang makan bersama seorang gadis manis.
  4. Hendak tak hendak terpaksa juga Shazwa menghampirinya.
  5. Shazwa menyimpul harapan agar bertemu dengan Marzi.
  6. Teringatkan Marzi yang gemar menikmati ayam panggang di Restoran Kenney Rongers, Shazwa mengatur langkah ke sana.
  7. Pulang dari kerja petang Sabtu itu, Shazwa singgah di Berjaya Mega Mall untuk membeli barang dapur yang telah habis.
  8. Hampir saja langkahnya terhenti tapi pada ketika yang sama Marzi mengangkat wajahnya dan terpandangkan Shazwa lantas melambaikan tangan.
Pulang dari kerja petang Sabtu itu, Shazwa singgah di Berjaya Mega Mall untuk membeli barang dapur yang telah habis. Ketika memasuki tempat meletak kereta, dia terpandang kereta Marzi yang berada di antara barisan kereta yang memenuhi tempat letak kereta itu. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja, tiba-tiba saja hati Shazwa digayut rindu. Shazwa menyimpul harapan agar bertemu dengan Marzi. Teringatkan Marzi yang gemar menikmati ayam panggang di Restoran Kenny Rongers, Shazwa mengatur langkah ke sana. Sebaik melangkah masuk ke restoran tersebut matanya segera terpandang Marzi yang sedang makan bersama seorang gadis manis. Hampir saja langkahnya terhenti tapi pada ketika yang sama Marzi mengangkat wajahnya dan terpandangkan Shazwa lantas melambaikan tangan. Hendak tak hendak terpaksa juga Shazwa menghampirinya.

Pewajaran
-        Berdasarkan cerakinan teks yang diberikan, aturan yang telah disusun ialah 7à2à1à5à6à3à8à4.
-        Menerusi cerakinan teks ini, no. 7 dipilih sebagai ayat pertama bagi menggambarkan permulaan cerita. Ayat ini telah menceritakan situasi yang berlaku pada peringkat awal.
-        Ayat kedua menggambarkan kesinambungannya melalui penggunaan kata ganti nama (KGN) dia (merujuk kepada Shazwa)
-        Ayat ketiga menggunakan KGN mereka (merujuk kepada Mazri yang diperkenalkan wataknya di dalam ayat sebelumnya melalui kedudukan kereta dan Shazwa)
-         
TEKS 2
  1. Dua ekor anjing mengekorinya pula.
  2. Seorang daripda kanak-kanak itu sengaja pula melonjak-lonjak cuba menangkap debu yang terbang mengejut.
  3. Dua buah kereta lembu yang mengangkut papan sedang berhenti di hadapan salah sebuah rumah tersebut.
  4. Sesekali debu berkembang khususnya apabila seorang buruh melontarkan kayu itu di sebuah halaman yang sudah tersedia dipenuhi rangka-rangka longkang buruk dan dua tiga buah reban terbiar.
  5. Sekumpulan anak itik yang sedang lalu berselerak gamam, kemudian berbondong semula mengekorinya ibunya.
  6. Mandor itu ternyata kurang senang.
  7. Seorang mandor meminta orang ramai memberi luangan kepada kuli yang mengangkat papan itu.
  8. Dua tiga orang kanak-kanak yang bermain di sisi sebatang pohon ceri turut menjerit-jeirt girang setiap kali kayu dilontarkan.
  9. Dua tiga buah rumah buruk di tepi sungai itu sedang dirobohkan. Beberapa orang – kebanyakkan anak-anak – berdiri menyaksikannya.
  10. Yang lain bersorak.


  1. Dua tiga buah rumah buruk di tepi sungai itu sedang dirobohkan. Beberapa orang – kebanyakkan anak-anak – berdiri menyaksikannya. Dua buah kereta lembu yang mengangkut papan sedang berhenti di hadapan salah sebuah rumah tersebut. Seorang mandor meminta orang ramai memberi luangan kepada kuli yang mengangkat papan itu. Dua ekor anjing mengekorinya pula. Mandor itu ternyata kurang senang. Sesekali debu berkembang khususnya apabila seorang buruh melontarkan kayu itu di sebuah halaman yang sudah tersedia dipenuhi rangka-rangka longkang buruk dan dua tiga buah reban terbiar. Sekumpulan anak itik yang sedang lalu berselerak gamam, kemudian berbondong semula mengekorinya ibunya. Dua tiga orang kanak-kanak yang bermain di sisi sebatang pohon ceri turut menjerit-jeirt girang setiap kali kayu dilontarkan. Seorang daripda kanak-kanak itu sengaja pula melonjak-lonjak cuba menangkap debu yang terbang mengejut. Yang lain bersorak.





Tidak ada komentar: