Tulisan dalam bahasa Melayu Malaysia
a. Susunan ayat secara acak:
Ketika kembali duduk,
hayati memicit-micit jari-jarinya.
- Bunyinya begitu kuat, seolah-olah dia mencabar teguran gurunya, sehingga perasaan gurunya itu terganggu sebentar.
- Hayati tidak bermaksud akan membuat kesalahan serupa itu.
- Kesalahan ini terasa agak serius, kerana gurunya yang sedang duduk di kerusi berhampiran dinding di belakangnya itu segera bangun dan datang berdiri di sampingnya.
- Dia mulai bermain lagi.
- Nada suaranya ketika dia menegur hayati agak meninggi sedikit, seperti berisi kejengkelan – tidak senang dengan kesalahan hayati yang berulang-ulang.
- Dia menyangka hayati sengaja melakukannya, mahu melukakan hatinya.
- Sambil menekan-nekan mata piano dengan jari kedua belah tangannya, matanya memandang kertas not yang terletak di atas piano dan mulutnya mengumam lagu yang sedang dimainkannya itu.
- Jari kelingking sebelah kiri tersasul lagi dan dengan perasaan geram dan cemas dia menekan mata piano nada tinggi sehingganya bunyinga melenting naik.
- Ini adalah kali yang keempat hayati membuat kesalahan.
- Kesalahan yang pertamanya tadi menyebabkan dia cuba mahu lebih berhati-hati, tetapi kerana terlalu takutnya kepada teguran, maka dia membuat kesalahan lagi dan kesalahan yang serupa pula.
b. Susunan ayat-ayat di
atas secara sempurna dalam perenggan:
Ketika kembali duduk, Hayati
memicit-micit jari-jarinya. Dia mulai bermain lagi. Sambil menekan-nekan mata
piano dengan jari kedua belah tangannya, matanya memandang kertas not yang
terletak di atas piano dan mulutnya mengumam lagu yang sedang dimainkannya itu.
Jari kelingking sebelah kiri tersasul lagi dan dengan perasaan geram dan cemas
dia menekan mata piano nada tinggi sehingganya bunyinga melenting naik. Bunyinya
begitu kuat, seolah-olah dia mencabar teguran gurunya, sehingga perasaan
gurunya itu terganggu sebentar. Ini adalah kali yang keempat Hayati membuat
kesalahan. Kesalahan yang pertamanya tadi menyebabkan dia cuba mahu lebih berhati-hati,
tetapi kerana terlalu takutnya kepada teguran, maka dia membuat kesalahan lagi
dan kesalahan yang serupa pula. Kesalahan ini terasa agak serius, kerana
gurunya yang sedang duduk di kerusi berhampiran dinding di belakangnya itu
segera bangun dan datang berdiri di sampingnya. Nada suaranya ketika dia
menegur hayati agak meninggi sedikit, seperti berisi kejengkelan – tidak senang
dengan kesalahan Hayati yang berulang-ulang. Dia menyangka Hayati sengaja
melakukannya, mahu melukakan hatinya. Hayati tidak bermaksud akan membuat
kesalahan serupa itu.
c. Alasan-alasan
penyusunan ayat-ayat di atas:
1. Abstract
Ide yang terkandung dalam cerita ini
adalah bagaimana rasa takut yang terlalu terhadap sesuatu akan merusak proses
pembelajaran manusia. Cerita ini bermula dari keadaan pelaku utama (Hayati)
yang mencuba menghilangkan rasa takut yang dialaminya dengan memicit-micit
jarinya. Proses memicit jari yang dilakukan Hayati boleh jadi cara dia
menghilangkan keletihan jari jemarinya kerana bermain piano.
2. Orientation
Pemeran yang melakukan kesalahan
adalah Hayati. Kesalahannya adalah menekan piano dengan persaan takut dan cemas
serta geram sehinggan bunyi piano melengking naik. Tempat peristiwa ini berlaku
adalah di dalam kelas pelatihan piano.
3. Complicating Action
Peristiwa yang berlaku adalah Hayati
merasa takut. Perasaan takut telah membuat Jari kelingking sebelah kirinya
tersasul menekan piano. Kerana kesal dengan kesasulan jari kelingkingnya,
membuat dia menekan mata piano nada tinggi dengan perasaan geram dan cemas
menyebabkan bunyinga melenting naik.
4. Resulution
Kerana peristiwa bunyi piano yang
kuat, membuat gurunya merasa Hayati telah mencabar tegurannya. Peristiwa
menimbulakan kesan pada tidak pada gurunya sehingga gurunya yang sedang duduk di kerusi
berhampiran dinding di belakangnya itu segera bangun dan datang berdiri di sampingnya.
Lalu dia menegur Hayati dengan nada
tinggi. Dia kesal dan tidak senang kerana Hayati selalu melakukan kesalahan.
Satu hal yang dapat penulis simpulkan adalah, akibat rasa takut telah membuat
guru Hayati menyangka Hayati sengaja melakukannya dan mahu melukakan hatinya.
5. Coda
Cerita ini diakhiri dengan kejengkelan
guru Hayati terhadap kesalahan yang tidak sengaja dilakukan oleh Hayati. Rasa
takut yang menyelimuti Hayati telah membawa cerita ini berakhir dengan konflik
yang tidak selesai. Cerita ini tidak Happy ending kerana tidak terdapat usaha
Hayati untuk menjelaskan pada guru, tentang apa yang dia rasakan. Seharusnya
sebagai seorang guru dapat memahami perasaan muridnya. Seorang juga harus
mengetahui keadaan muridnya yang mengalami rasa takut.
d. Konteks dan Kepaduan
1. Konteks
anaphora: ketika
kembali duduk menunjukkan ada peristiwa sebelumnya yang berlaku iaitu: Hayati
telah melakukan kesalahan sebanyak tiga kali sebelum melakukan kesalahan yang keempat. Setiap
melakukan kesalahan, ia selalu ditegur oleh guru pianonya.
Katafora: situasi antara Hayati dengan gurunya menjadi
tegang, disebabkan kerana ketakutan Hayati dan kesalahfahaman guru terhadap
Hayati. Situasi ini akan berterusan selagi Hayati tidak merasakan ketengan.
2. Kepaduan
Rujukan: dia pada
ayat 2 merupakan ganti nama Hayati. nya
pada ayat 3 juga merujuk pada Hayati. jari
kelingking sebelah kirinya merupakan rujukan bagi jari kedua belah tanganya dalam ayat 4. bunyinya begitu kuat dalam ayat 5 adalah rujukan untuk bunyinya melenting naik. Memuata kesalahan dalam ayat 6 merupakan
rujukan dari bunyinya melenting naik
(yang timbul akibat dari kesalahan menekan piano) kesalahan pada ayat 7, 8 dan 9 merujuk pada kesalahan dalam ayat 6. Selain itu, dia dalam ayat 10 dan 11 merujuk pada guru dalam ayat 9. Kata membuat
pada ayat 11 merupakan rujukan bagi
ayat melakukan dalam ayat 10.
Pengulangan:
pengluangan kata dia, nya, dan Hayati,
gurunya merupakan penekenan yang berfungsi untuk menjelaskan siapa
pelukunya. Pengulangan kata Kesalahan,
berguna untuk menjelaskan berapa kali Hayati membuat kesalahan. Sedang kata
pengulangan kata teguran, merupakan
hasil dari kesalahan yang dilakukan Hayati.
Variasi: membuat dan melakukan adalah variasi
bagi perjelasan terhadapa perbuatan Hayati
Tidak ada komentar:
Posting Komentar