cOPY DARI bLOG SEBELAH.
Solat dua rakaat. Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan
Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua
dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
Solat
Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud
dikahir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan
sebelum tidur.Cara yang laing afdhal atau terbak untuk saudari lakukan
solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah sengan
melakukan perkara berikut sebelum tidur:-
- Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)
- Sembahyang
sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan
Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua
dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
- Bertaubat
kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat
yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa
tersebut.
- Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.
- Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin
- Sembahyang
Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur
dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi
amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.
Doa
istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:Mafhumnya:- Wahai
tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan
kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar.
Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui
segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa
perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam
kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu
untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya.
Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik
buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku
selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik
buatku serta berkatilah aku.Doa Solat hajat:Mafhumnya:- Tiada tuhan yan
disembah melainkan Allah yang bersifat maha mengetahui dan mulia. Maha
suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar. Segala puji bagi Allah
tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu serta keampunan Mu,
perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam melakukan
kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta aku
memohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa
terhadapku kecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali
Engkau permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan
urusan pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali
Engkau perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.Kemudian baca
doa yang sepatutnya.Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan
yang terbetik dihati kita selepas kita melakukan solat istikharah
tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu adalah dikira
petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa petunjuk adalah
berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan
tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan
tidak menjadi syarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan
hati kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita
hendaklah sentiasa mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya
disamping kita menjauhi segala amalan dan perbuatan yang tidak di redhai
Allah demi yuntuk mengelakkan gangguan dari syaitan.Kekeliruan untuk
membuat keputusan selepas sembahyang istikharah tidak akan tiimbul
apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila
kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada
Allah. Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu
tanpa was-was. Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan
Istighfarr. Bercintalah Dengan Allah kerana Allah samasekali tidak akan
menolak cinta hambanya apatahlagi mengecewakan hambanya...berlainan
dengan cinta manusia yang bersifat sementara dan hipokrit dan
sebagainya..Semoga saudari berjaya. Amiin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar