Minggu, 20 Juni 2010

Perbezaan Penggunaan Kata antara Malaysia dan Indonesia

Kata sama tetapi makna berbeza

Bil

Kata

Bahasa Melayu

Bahasa Indonesia

1

Anak buah

Anak saudara

Karyawan

2

Awak

Kamu

Saya

3

Bagasi

Barang-barang beg yang besar

Tempat letak barang-barang di kereta, bas

4

Banci

- perhitungan bilangan penduduk

Seseorang perilaku seperti perempuan dan lelaki

- hitungan / data statistik

5

Bekas

Tempat, tanda

Mantan, dahulunya menjabat

6

Bisa

Bisa ular, racun

Dapat, mampu

7

Capek

Tempang

Lelah, letih

8

Jeruk

Buah-buahan yang diawetkan dengan cuka

Sejenis buah, limau

9

Jimat

Cermat dalam mengeluarkan wang

Sesuatu yang dipegang / dibawa / dianggap yang memiliki kekuatan / sebagai penangkal.

10

Kasut

Sepatu

Sandal, selipar

11

Lumayan

Hidup mewah

Cukup, sedang

12

Mangga

Gembok, kunci

Sejenis buah

13

Mesra

Rapat antara perempuan - perempuan, lelaki - lelaki

Hubungan yang harmonis

14

Mobil

Berpindah, bergerak

Kendaraan roda empat

15

Olahraga

Bahagian dari athletik

Kegiatan penyegaran tubuh demi kesehatan.

16

Orangtua

Orang yang sudah tua / berumur, warga emas

Ibu, bapak kita

17

Pelatih

Peserta trainess

Seseorang yang melatih suatu kumpulan olahraga

18

Pemandu

Supir

Orang yang dijadikan pimpinan kumpulan seperti pemandu wisata

19

Pengajian

- Belajar dalam semua Ilmu

-khusus belajar ilmu agama sahaja

20

Pokok

Pohon kayu/pokok kayu

Inti permasalahan, masalah utama dalam kajian

21

Punggung

Alat sensitive manusia yang tabu untuk disebutkan

Bagian belakang badan

22

Sendok

Pengaut gulai/ pencedok nasi

Sudu

23

Seronok

Gembira, suka, bahagia

Perkara yang tidak baik, perbuatan yang melanggar etika

24

Tanggal

Lepas

- Lepas

- tarikh

25

Tolak

Pengurangan dalam hitungan

Kegiatan menyorong sesuatu dari belakang ke depan

Gaya sebagai Pilihan

GAYA SEBAGAI PILIHAN KEMUNGKINAN DAN MENUNUJUKKAN CIRI PERIBADI (Stilistik)

Menurut Umar Junus (1989) gaya melibatkan pilihan. Tanpa pilihan tidak mungkin ada gaya. Sebelum masuk kepada persoalan gaya yang berhubungan dengan pilihan ini, ada dua persoalan yang mesti diselesaikan dulu, iaitu hakikat variasi dan persoalan yang menyangkut petanda dan penanda. Variasi adalah bentuk yang tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau kepelbagaian dalam bentuk, reka cipta, pilihan diksi, dan pilihan dialek. Setiap orang punya semacam pengertian kalau istilah variasi diucapkan. Begitu juga halnya kalau diucapkan dalam hubungan unsur bahasa. Variasi akan dilihat sebagai unsur bahasa yang dapat dipilih tanpa mengubah erti. Dengan begitu, pada tahap dasar, dengan mudah orang akan menerima gaya sebagai pemilihan daripada pelbagai variasi. Dalam hal mengungkapkan unsur erotis misalnya, berdasarkan kutipan [001] Shahnon Ahmad menggunakan kata tanam dari berbagai-bagai variasi kata kerja seperti menanam, bertanam, tanam-menanam, menanamkan, dan menanami untuk mengungkapkan proses memasukkan air mani lelaki dalam ovari wanita. Orang memang melakukannya dengan memilih, jadi wajar dikatakan sebagai gaya seorang penulis sebagai pilihan kemungkinan.

Persoalan pilihan ada hubungan dengan persoalan variasi dalam pembicaraan linguistik. Ada berbagai-bagai takrifan variasi, iaitu berhubungan dengan beberapa bentuk yang dianggap tidak berbeza erti, suatu bentuk yang hanya dipakai dalam posisi tertentu (variasi terikat), variasi bebas, perbezaan dialek, dan perbezaan masa. Selain itu, gaya sebagai pilihan biasanya dihubungkan dengan faktor keindahan sesuai dengan prinsip estetik. Persoalan gaya sebagai pilihan kemungkinan akan lebih ketara apabila dilihat dalam hubungan dengan petanda dan penanda. Dengan mengatakan gaya sebagai pilihan, maka sesuatu pemikiran dapat dinyatakan dalam beberapa ucapan yang tidak berbeza erti. Dalam hubungan stilistik, perbezaan dikatakan hanya perbezaan gaya, dan ini berhubungan dengan keindahan yang juga berhubungan dengan estetik.

Tidak ada variasi tanpa perubahan atau perbezaan erti. Di sinilah muncul persoalan tentang hubungan antara penanda dan petanda. Sebuah petanda dapat diucapkan dengan beberapa penanda. Petanda merupakan rujukan bagi penanda. Misalnya kata ‘aku’ dan ‘saya’ merupakan rujukan kata ganti orang pertama. Kata ganti orang pertama disebut sebagai petanda sedangkan kata ‘aku’ dan ‘saya’ disebut sebagai penanda. Gaya pilihan kemungkinan, sangat dekat hubungannya dengan penulis. Dalam hal memilih kata rujukan orang pertama (petanda) sahaja penulis akan melibatkan pelbagai penanda yang ada. Kemungkinan pemilihan penanda tertentu telah menunjukkan gaya penulis.

Gaya sebagai pilihan kemungkinan dalam stilstik memberi peranan penting pada persoalan makna dan pemaknaan. Stilistik lebih mengeksploit berbagai-bagai kemungkinan erti, sesuatu yang mungkin tidak terfikir sebelumnya. Dalam pengungkapan peristiwa erotis misalnya, Shahnon Ahmad mengaitkan leksikal-leksikal ‘tanah’ dalam kutipan dengan isteri (lihat muka surat 22), iaitu Lagipun Cumbi anak kita ini bukan tanah terbiar. Bukan ladang terpakai. (Shahnon Ahmad 1989). Beliau menganalogikan peristiwa erotis dalam novel beliau berasaskan pandangan Islam, kerana sebelumnya dalam Al-Quran telah diwahyukan bahawa isteri dianalogikan dengan tanah. Tanah pada kutipan [007] (lihat muka surat 22) dilambangkan sebagai isteri, analogi ini berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 223 yang bererti;

[012] Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah: 223).

Shahnon Ahmad memilih analogi peristiwa secara Islam, dan itulah gaya beliau kerana gaya sebagai pilihan. Penulis memilih leksikal tertentu untuk mengungkapkan unsur erotis merupakan merupakan gaya, kerana gaya dikatakan sebagai pilihan kemungkinan. Pemilihan leksikal tertentu untuk mewujudkan peristiwa erotis pula menjadi hak penulis yang akan mewakili gaya penulis tersebut. Jika penulis memilih kata-kata kiasan untuk mengungkapkan unsur erotis, itulah gaya penulis tersebut. Selain itu, pemilihan leksikal yang berunsur erotis bersifat material ataupun mental juga mewakili gaya sebagai pilihan kemungkinan. Gaya sebagai pilihan kemungkinan juga berhubungan dengan gaya sebagai serangkaian ciri peribadi kerana penulis memilih leksikal tertentu merupakan gaya penulis itu dan menunjukkan ciri penulis tersebut.

Menurut Umar Junus (1989) gaya merupakan serangkaian ciri peribadi. Hal ini bererti gaya adalah orang atau penulis itu sendiri. Tambah beliau lagi pengertian gaya ini boleh dihubungkan dengan pengertian popular. Dalam kehidupan, kita mungkin dapat meneka siapa yang berada di depan kita hanya dengan memperhatikan bagaimana ia melenggang, selagi kita memang kenal dengan lenggang orang itu. Ada ciri peribadi dengan lenggang seseorang dan kemudian kita letakkan kepada orang itu. Kita seakan beranggapan bahawa orang lain tidak mungkin berlenggang seperti itu, kecuali menirunya. Dengan mengatakan ‘gaya sebagai serangkaian ciri peribadi’ maka dalam pemakaian bahasa seseorang, ada sesuatu yang dianggap milik peribadi penulisnya. Dapat dikatakan bahawa gaya penulis itu khas dan tidak boleh dimiliki oleh penulis lain. Dalam kita membicarakan tentang ‘gaya sebagai serangkaian ciri peribadi’, kita mungkin menghubungkan dengan pengertian yang ada pada ‘gaya peribadi’, yang membawa kita berfikir kepada ‘gaya sosial’ atau ‘gaya kumpulan’.

Persoalan yang timbul adalah dalam usaha menentukan ciri peribadi gaya seseorang. Perbezaan karya dua orang penulis seperti Ahmad Tohari dan Shahnon Ahmad, akan menimbulkan gaya yang berbeza dalam mengungkapkan peristiwa erotis kerana dua penulis ini mempunyai ciri peribadi masing-masing. Perbezaan ciri peribadi kedua-dua penulis ini, akan terlihat daripada leksikal-leksikal yang mengandungi unsur erotis yang mereka pilih.